DUNIA
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia bertanding dalam pilihan raya
Zia, yang mengetuai Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), akan bertanding di tiga kerusi parlimen. - Gambar fail/ Reuters
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh Khaleda Zia dijangka bertanding dalam pilihan raya umum negara itu tahun depan, hampir satu tahun setengah selepas pesaing utamanya Sheikh Hasina digulingkan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
Zia, yang mengetuai Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), akan bertanding di tiga kerusi parlimen, umum Setiausaha Agung parti itu, Mirza Fakhrul Islam Alamgir pada Isnin di Dhaka.
Pentadbiran sementara yang diketuai penerima Hadiah Nobel, Muhammad Yunus, menetapkan pilihan raya bagi 300 kerusi parlimen diadakan pada Februari tahun depan.
Alamgir berkata BNP telah memuktamadkan calon bagi 237 kerusi, manakala anak Zia, Tarique Rahman yang kini hidup dalam buangan di London juga akan bertanding bagi satu kerusi parlimen di Dhaka.
Beliau juga berkata bahawa senarai calon bagi baki kerusi akan diumumkan kemudian.
Pemimpin berusia 80 tahun itu berdepan pelbagai masalah kesihatan, dan sudah lama menyepi daripada arena politik disebabkan penyakit serta sabitan dua kes rasuah ketika pentadbiran Hasina terdahulu.
Zia pernah menjawat jawatan perdana menteri selama dua penggal -- dari 1991 hingga 1996 dan 2001 hingga 2006 -- sebelum dipenjarakan lebih empat tahun pada 2018 selepas disabitkan dalam dua kes rasuah serta dijatuhi hukuman penjara 17 tahun.
Beliau dibebaskan pada 2022 atas faktor kesihatan dengan syarat tidak dibenarkan ke luar negara dan dilarang terlibat dalam aktiviti politik.
Parti beliau menegaskan pertuduhan terhadapnya bermotif politik.
Parti BNP pimpinan Zia dan Liga Awami pimpinan Hasina silih berganti mentadbir Bangladesh sejak 1991.
Namun Hasina tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang selepas kerajaan menggantung semua aktiviti parti Liga Awami pada Mei lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri Bangladesh, akan bertanding dalam pilihan raya umum negara tahun depan bagi tiga kerusi parlimen, setelah pesaing utamanya, Sheikh Hasina, digulingkan hampir setahun setengah lalu.
- Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang dipimpin oleh Zia telah memuktamadkan calon bagi 237 kerusi, manakala anaknya, Tarique Rahman, yang berada dalam buangan di London, turut akan bertanding bagi satu kerusi parlimen di Dhaka.
- Meskipun berdepan dengan masalah kesihatan, Zia yang pernah menjadi perdana menteri selama dua penggal, dibebaskan pada 2022 dengan syarat tidak boleh keluar negara atau terlibat dalam aktiviti politik, sementara parti BNP menegaskan bahawa pertuduhan terhadapnya bermotif politik.