DUNIA
Bekas PM Britain, Tony Blair dilantik oleh Trump pantau Gaza selepas gencatan senjata
Blair bakal menganggotai badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk memantau proses peralihan Gaza di bawah pelan tajaan Washington bagi menamatkan perang hampir dua tahun. - Gambar fail
WASHINGTON/LONDON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bekas Perdana Menteri Britain, Sir Tony Blair bakal menganggotai badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk memantau proses peralihan Gaza di bawah pelan tajaan Washington bagi menamatkan perang hampir dua tahun.
Blair dinamakan sebagai anggota pertama “Lembaga Keamanan” (Board of Peace) yang dipengerusikan sendiri oleh Trump.
Badan itu akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan.
Menurut Trump, lebih ramai pemimpin negara lain akan diumumkan menyertai lembaga tersebut dalam masa terdekat.
Lembaga itu merupakan sebahagian daripada pelan 20 perkara yang merangkumi proses pelucutan senjata Hamas, pembebasan tebusan, penghantaran bantuan penuh ke Gaza serta pembangunan semula wilayah berkenaan.
Blair yang pernah memimpin Britain dari 1997 hingga 2007 dan membawa negaranya menyertai Perang Iraq pada 2003 menyifatkan pelan itu sebagai “peluang terbaik untuk menamatkan dua tahun peperangan, penderitaan dan kesengsaraan.”
Selepas meninggalkan jawatan, beliau pernah dilantik sebagai Utusan Khas Asia Barat bagi Kuartet kuasa antarabangsa (AS, EU, Rusia dan PBB), dengan fokus kepada pembangunan ekonomi Palestin dan syarat ke arah penyelesaian dua negara.
Menurut White House, pelan diumumkan Trump pada Isnin itu menetapkan peperangan akan “segera ditamatkan” sebaik kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Dalam tempoh 72 jam, semua 20 tebusan Israel yang masih hidup serta puluhan mayat rakyat Israel akan dipulangkan.
Sebagai balasan, Israel akan membebaskan 250 tahanan seumur hidup dan 1,700 warga Gaza yang ditahan selepas 7 Oktober lalu.
Bantuan kemanusiaan penuh pula akan dihantar serta-merta ke Gaza, diiringi pasukan penstabilan multinasional yang akan membantu aspek keselamatan dan melatih pasukan polis tempatan.
Tentera Israel pula akan berundur secara berperingkat.
Gaza kemudiannya akan ditadbir sementara oleh sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin tanpa pengaruh politik, dengan pemantauan Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Trump.
Hamas pula tidak akan dibenarkan memainkan sebarang peranan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Trump turut memberi amaran, sekiranya Hamas menolak cadangan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menerima “sokongan penuh” daripada Washington untuk bertindak sendiri.
Pelan tersebut juga membuka kemungkinan ke arah penubuhan sebuah negara Palestin pada masa depan, namun, bergantung kepada pelaksanaan reformasi besar-besaran oleh Pihak Berkuasa Palestin.
Sambil menyatakan sokongan, Blair menegaskan, kepimpinan dan komitmen Trump dalam mempengerusikan Lembaga Keamanan memberi isyarat jelas bahawa masa depan Gaza masih ada harapan untuk perdamaian, keselamatan Israel serta peluang kepada rakyat Palestin menjalani kehidupan lebih baik.
Pengumuman itu menandakan perubahan daripada cadangan awal pentadbiran Trump pada Februari lalu yang mahu AS mengambil alih Gaza dan membangunkannya sebagai “riviera Asia Barat” - satu idea yang mendapat kecaman antarabangsa kerana dilihat bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. - Agensi