INTERNATIONAL
Bekas PM Israel, Ehud Olmert sifatkan tindakan Zionis di Gaza hampiri ‘jenayah perang’
Olmert berkata serangan ketenteraan itu adalah "perang tanpa matlamat". - Foto REUTERS
BEKAS Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, menyatakan bahawa apa yang sedang dilakukan oleh Israel di Gaza kini "amat hampir dengan jenayah perang."
Beliau berkata, serangan ketenteraan itu adalah "perang tanpa matlamat – perang yang tidak berpeluang untuk mencapai apa-apa yang boleh menyelamatkan nyawa para tebusan".
Olmert berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama saluran BBC News.
Menurut Olmert, gambaran jelas konflik ini menunjukkan ribuan rakyat Palestin yang tidak bersalah terbunuh, selain ramai anggota tentera Israel turut terkorban.
“Dari segala sudut pandang, ini sesuatu yang menjijikkan dan amat mengecewakan,” katanya.
“Kita sedang memerangi pembunuh daripada Hamas, bukan orang awam yang tidak bersalah,” tegas beliau.
“Perkara ini perlu diperjelaskan.”
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini dilaporkan berkata, beliau mahu “mengambil alih keseluruhan Gaza”, tetapi bersedia menghentikan serangan sekiranya Hamas membebaskan semua tebusan Israel dan meletakkan senjata.
Israel turut menyelar negara-negara seperti United Kingdom, Perancis dan Kanada yang menggesa perubahan pendekatan di Gaza, dengan menyifatkan mereka sebagai “berpihak di sisi sejarah yang salah.” - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini