DUNIA
Bekas PM Jepun Tomiichi Murayama meninggal dunia
Tomiichi Murayama memimpin Jepun dari Jun 1994 hingga Januari 1996. - Gambar fail/Reuters
TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun Tomiichi Murayama yang menerajui negara itu pada pertengahan 1990-an meninggal dunia pada Jumaat di kampung halamannya di Oita pada usia 101 tahun, lapor Xinhua memetik Kyodo News.
Ringkasan AI
Dilahirkan pada 3 Mac 1924 di Wilayah Oita, Murayama menjadi pengerusi Parti Sosialis Jepun pada 1993 dan berkhidmat sebagai perdana menteri dari Jun 1994 hingga Januari 1996.
Pada 15 Ogos 1995, Murayama mengeluarkan satu kenyataan yang disokong Kabinet atas namanya sempena ulang tahun ke-50 berakhirnya Perang Dunia Kedua yang mengisytiharkan bahawa "Jepun setelah mengikut dasar negara yang silap, telah menempuh jalan ke arah peperangan... dan melalui penjajahan serta pencerobohannya, telah menyebabkan kerosakan dan penderitaan besar kepada rakyat di banyak negara, khususnya kepada negara-negara Asia."
Kenyataan Murayama itu juga menzahirkan "penyesalan mendalam" dan menyampaikan "permohonan maaf yang tulus" menggunakan bahasa yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi memohon maaf atas tindakan Jepun semasa perang, yang diiktiraf secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.
Murayama bersara daripada politik pada tahun 2000 dan terus menumpukan dirinya kepada usaha untuk keamanan.
Pada 15 Ogos 2020, sempena ulang tahun ke-25 kenyataannya, Murayama menekankan kepentingan mengakui sejarah, menyatakan permohonan maaf serta tekad untuk menahan diri daripada pencerobohan dan penjajahan, dan berharap Kenyataan Murayama akan terus menyumbang kepada perdamaian, keamanan dan pembangunan di Jepun, Asia dan dunia pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas PM Jepun Tomiichi Murayama meninggal dunia pada usia 101 tahun di Oita; beliau memimpin Jepun dari Jun 1994 hingga Januari 1996.
- Murayama terkenal dengan 'Kenyataan Murayama' pada 1995, yang mengandungi permohonan maaf tulus Jepun atas penjajahan dan pencerobohan semasa Perang Dunia Kedua.
- Selepas bersara pada 2000, beliau terus memperjuangkan keamanan dan menekankan kepentingan mengakui sejarah serta menahan diri daripada pencerobohan.