awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein

Bernama
Bernama
06/02/2026
22:00 MYT
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Siasatan itu bertujuan untuk menjelaskan sama ada Jagland menerima hadiah, perjalanan dan pinjaman semasa tempoh beliau berkhidmat sebagai setiausaha agung. - Foto AP
STOCKHOLM: Bekas Perdana Menteri Norway dan bekas Setiausaha Agung Majlis Eropah Thorbjorn Jagland, kini disiasat susulan pendedahan terbaharu dalam kes pesalah seks Jeffrey Epstein, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Rakyat Norway itu disyaki terbabit dalam rasuah serius, menurut laporan agensi berita NTB lewat malam Khamis.
"Kami percaya terdapat asas yang mencukupi untuk menjalankan siasatan," kata ketua pihak berkuasa jenayah ekonomi Norway, Pal K Lonseth.
Siasatan itu bertujuan untuk menjelaskan sama ada Jagland menerima hadiah, perjalanan dan pinjaman semasa tempoh beliau berkhidmat sebagai setiausaha agung.
NTB melaporkan yang maklumat daripada fail Epstein membayangkan beliau berbuat demikian.
Dokumen berkenaan dikatakan menunjukkan Jagland mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) itu pada beberapa kesempatan antara 2016 hingga 2018, ketika beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Majlis Eropah dan juga ahli Jawatankuasa Nobel Norway. Jagland pernah menjadi pengerusi jawatankuasa itu dari 2009 hingga 2015.
Media Norway turut melaporkan yang Epstein dan Jagland dikatakan pernah membincangkan pembelian hartanah. Jagland juga dilaporkan merancang percutian bersama keluarganya ke pulau milik Epstein, namun rancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Sebagai bekas Setiausaha Agung Majlis Eropah, Jagland menikmati kekebalan daripada pendakwaan.
"Adalah penting kes ini diperjelaskan," kata Menteri Luar Norway Espen Barth Eide, menurut NTB. "Sebab itu saya memutuskan yang Norway akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Menteri Majlis Eropah untuk menarik balik kekebalan Jagland."
Pendedahan terbaharu berkaitan Epstein turut menyorot perhatian terhadap beberapa rakyat Norway lain selain Jagland. Puteri Mahkota Norway Mette-Marit, misalnya, berdepan tekanan hebat sejak dokumen terbaharu didedahkan seminggu lalu. Beliau dikatakan pernah bertukar e-mel peribadi dengan pesalah seks yang disabitkan kesalahan itu selama beberapa tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thorbjorn Jagland
#Jeffrey Epstein
#Rasuah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan