BANGKOK: Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin Shinawatra sekembalinya bekas perdana menteri itu ke negara ini selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Dalam satu kenyataan, Mahkamah Agung berkata hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran Thaksin.
Thaksin dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana meluluskan pinjaman daripada Export-Import Bank of Thailand (EXIM Bank) kepada kerajaan Myanmar untuk projek telekomunikasi.
Dia turut dijatuhkan hukuman penjara dua tahun untuk kes berkaitan keputusan skim loteri kerajaan dan lima tahun penjara kerana mengubah kontrak bagi syarikatnya, SHIN Corp, dengan niat untuk memberi kelebihan kepada syarikat itu.
Hukuman dikurangkan kepada lapan tahun kerana dijalankan serentak.
Thaksin, 74, kemudian telah dibawa ke Penjara Reman Bangkok.
Sementara itu, sekumpulan penyokong Thaksin berkumpul di luar pekarangan penjara untuk melihat bekas perdana menteri itu.
Terdahulu, Thaksin yang kembali menjejakkan kaki di Thailand buat kali pertama sejak 2008, tiba di terminal jet peribadi Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang kira-kira 9 pagi (waktu tempatan).
Anak perempuannya, Paetongtarn, yang juga seorang daripada tiga calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai memuat naik gambar Thaksin bersama ahli keluarganya dan tujuh cucunya di laman sosial Facebook.
"Selamat kembali ke Thailand daddy.
"Bapa telah kembali ke Thailand dan telah menjalani proses undang-undang yang sepatutnya," tulisnya.
Kepulangan Thaksin bertepatan dengan pengundian untuk memilih perdana menteri baharu pada Selasa, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Parti Pheu Thai, sebuah parti yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Thaksin, mengetuai gabungan 11 parti, termasuk dua parti yang disokong oleh tentera dalam usaha untuk membentuk kerajaan dan menamatkan kemelut politik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin Shinawatra sekembalinya bekas perdana menteri itu ke negara ini selepas 15 tahun hidup dalam buangan. -Reuters
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.