awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan membunuh

Bernama
Bernama
27/10/2024
22:45 MYT
Bekas Presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan membunuh
Evo Morales mendakwa empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan ke arah kenderaannya. - Gambar fail REUTERS
ISTANBUL: Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales mendakwa pada Ahad beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
Menurut Agensi Anadolu, Morales memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.
Beliau mendakwa, empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan awal pagi tadi.
Morales turut mendakwa, insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengendalikan program tetap hari minggunya.
Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, sedang menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Pihak berkuasa Bolivia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Presiden Bolivia
#Evo Morales
#cubaan membunuh
#penyerang bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan