DUNIA
Bekas Presiden Bolivia Evo Morales disiasat atas dakwaan sabotaj pilihan raya
Aduan itu menuduh Morales terlibat dalam "keganasan", menghalang proses pilihan raya, mengingkari resolusi perlembagaan, mengganggu perkhidmatan awam, dan merosakkan harta benda kerajaan. - Foto fail/REUTERS
LA PAZ: Pihak berkuasa undang-undang Bolivia pada Isnin memulakan siasatan terhadap bekas Presiden Evo Morales berhubung dakwaan sabotaj pilihan raya susulan protes yang menuntut beliau dibenarkan bertanding semula, lapor Xinhua.
Peguam Negara Roger Mariaca berkata pada sidang media bahawa Pejabat Pendakwa Raya memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap aduan yang difailkan oleh Kementerian Kehakiman terhadap Morales atas beberapa kesalahan jenayah.
Aduan itu menuduh Morales terlibat dalam "keganasan", menghalang proses pilihan raya, mengingkari resolusi perlembagaan, mengganggu perkhidmatan awam, dan merosakkan harta benda kerajaan, selain beberapa jenayah lain yang dikaitkan dengan sekatan jalan raya yang melumpuhkan beberapa wilayah utama negara minggu lepas.
Kerajaan mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bekas presiden itu mengarahkan penyokongnya untuk "mengepung bandar" selepas pihak berkuasa pilihan raya menolak pencalonannya untuk bertanding penggal keempat dalam pilihan raya umum pada 17 Ogos.
Sejak minggu lepas, sekatan jalan dilaporkan di kira-kira 20 lokasi pengangkutan kritikal di seluruh negara dengan tumpuan utama di wilayah Cochabamba. Pertempuran dan kekurangan bekalan turut dilaporkan di kawasan terjejas.
Pendakwa raya berkata sekatan jalan itu melanggar hak asasi dan membahayakan nyawa rakyat Bolivia.
Pejabat Pendakwa Raya turut mengarahkan pengunduran secara taktikal pendakwa rayanya dari kawasan berisiko ke lokasi lebih selamat di wilayah itu, sementara mereka terus beroperasi dalam penyelarasan dengan pasukan polis.
-- BERNAMA