DUNIA
Bekas Presiden Brazil rancang lari, mohon suaka di Argentina - Polis
Menurut penyiasat, rakaman suara dan mesej sembang yang dipadam tetapi berjaya dipulihkan dari telefon Bolsonaro menunjukkan usaha untuk menghalang prosiding. - Gambar fail/ Reuters
RIO DE JANEIRO: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro didakwa merancang memohon suaka di Argentina bagi mengelak pendakwaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu, memetik media tempatan dan polis.
Ringkasan AI
Siasatan menemui satu draf dokumen dalam telefon Bolsonaro yang disimpan pada Februari 2024, menunjukkan beliau bercadang melarikan diri ke Argentina, menurut portal berita G1 dan beberapa media Brazil.
Masih tidak pasti sama ada dokumen itu pernah disampaikan kepada Presiden Argentina, Javier Milei.
Dokumen berkenaan merupakan sebahagian daripada laporan polis setebal 170 muka surat yang turut menuduh Bolsonaro dan anaknya, Eduardo, cuba menghalang proses keadilan berhubung perbicaraan bekas presiden itu atas dakwaan merancang rampasan kuasa.
Menurut penyiasat, rakaman suara dan mesej sembang yang dipadam tetapi berjaya dipulihkan dari telefon Bolsonaro menunjukkan usaha untuk menghalang prosiding.
Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sama ada untuk mendakwa beliau.
Siasatan itu turut meneliti keberadaan Eduardo Bolsonaro di Amerika Syarikat sejak Mac lalu.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Washington mengenakan tarif 50 peratus terhadap import Brazil serta sekatan kewangan ke atas Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes.
Jabatan Perbendaharaan AS menuduh hakim itu bertanggungjawab menjalankan "kempen penindasan melalui penapisan, penahanan sewenang-wenangnya yang melanggar hak asasi manusia serta pendakwaan bermotif politik - termasuk terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro."
Bolsonaro, 70, kini sedang dibicarakan atas dakwaan merancang menggulingkan kerajaan penggantinya, Luiz Inacio Lula da Silva, selepas tewas dalam pilihan raya 2022.
Beliau menafikan tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.
Keputusan perbicaraan dijangka diumumkan pada September.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro didakwa merancang memohon suaka di Argentina untuk mengelak pendakwaan, berdasarkan draf dokumen dan bukti digital yang ditemui dalam telefon beliau oleh pihak berkuasa.
- Siasatan turut melibatkan anaknya Eduardo Bolsonaro dan mendakwa mereka cuba menghalang proses keadilan berkaitan dakwaan rampasan kuasa, dengan keputusan perbicaraan dijangka pada September.
- Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap Hakim Mahkamah Agung Brazil atas dakwaan penindasan bermotif politik, termasuk terhadap Bolsonaro, yang menafikan tuduhan dan mengaku tidak bersalah.