awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera maut nahas helikopter

Agensi
Agensi
06/02/2024
22:00 MYT
Bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera maut nahas helikopter
Bekas Presiden Chile sebanyak dua kali, Sebastian Pinera meninggal dunia dalam nahas helikopter di selatan negara itu. Mendiang berusia 74 tahun. - Gambar fail REUTERS
BEKAS Presiden Chile, Sebastian Pinera meninggal dunia dalam nahas helikopter di selatan negara itu.
Pejabat beliau mengesahkan kematian lelaki berusia 74 tahun itu dan memaklumkan, butiran pengebumiannya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri Chile berkata, selain Pinera, pesawat berkenaan turut membawa tiga lagi mangsa lain.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berkenaan terselamat.
Pinera merupakan ahli politik konservatif yang memimpin Chile dari 2010 hingga 2014dan sekali lagi dari 2018 hingga tahun lepas.
Selain terjun ke dunia politik, mendiang juga seorang ahli perniagaan bergelar bilionair dan disenaraikan sebagai antara lelaki terkaya di Chile.
Beliau mendapat pendidikan awal di Chile sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Harvard di Amerika Syarikat.
Menurut Forbes, kekayaan Pinera dianggarkan bernilai AS$2.7 bilion.
Beliau mengasaskan syarikat kad kredit Banco pada 1970-an dan, semasa tugas pertamanya sebagai Presiden, menunaikan janji untuk melepaskan asetnya, lapor majalah itu.
Sementara itu, bekas Presiden Argentina, Mauricio Macri berkata, beliau sangat bersedih dengan kehilangan Pinera yang disifatkan beliau “tidak boleh ditukar ganti."
Demikian juga dengan Ivan Duque, bekas Presiden Colombia yang turut berkongsi kesedihan berita pemergian rakannya itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#nahas helikopter
#bekas Presiden Chile
#Sebastian Pinera maut
#bilionar Sebastian Pinera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan