Skip to main content

Dunia

Bekas presiden AS, CNN terima bungkusan disyaki berisi bom

81540395879_TWCEvacuated.jpg
Bangunan Time Warner Center di New York, yang menempatkan pejabat agensi berita CNN, dikosongkan pada Rabu selepas menerima bungkusan disyaki berisi bom.

Bungkusan sama turut dihantar ke kediaman Bill dan Hillary Clinton serta ke rumah bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington, D.C.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan laporan yang menyebut bahawa satu lagi bungkusan disyaki turut dihantar ke White House.


Menurut tweet agensi berita itu, bungkusan yang diterima di pusat penyisihan mel itu dialamatkan kepada bekas Pengarah CIA, John Brennan.


Bungkusan yang dilapor diterima sekitar jam 9 pagi waktu tempatan sedang diusahakan untuk dibawa keluar dari bangunan berkenaan.


Advertisement

Must Watch Video