awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit naik kepada 3.9130 berbanding dolar AS, disokong asas ekonomi kukuh
APMM Kelantan rampas RM20.33 juta, 56 kes direkod sepanjang 2025
Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Filipina Duterte alami 'kekurangan kognitif ketara' - Peguam

Bernama
Bernama
12/09/2025
10:50 MYT
Bekas Presiden Filipina Duterte alami 'kekurangan kognitif ketara' - Peguam
Pihak pembelaan berhujah bahawa beliau tidak layak untuk dibicarakan berikutan masalah kognitif itu. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Peguam kepada bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte memaklumkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa anak guamnya mengalami "kekurangan kognitif ketara," menurut permohonan pembelaan bertarikh 18 Ogos yang didedahkan mahkamah pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Duterte, yang berdepan tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan, "mengalami kekurangan kognitif ketara yang menjejaskan daya ingatan, fungsi mengurus diri, keupayaan visuokonstruktif serta orientasi terhadap tempat dan masa, sekali gus mengehadkan keupayaannya untuk membuat pertimbangan yang kompleks," menurut dokumen itu.
Pihak pembelaan berhujah bahawa beliau tidak layak untuk dibicarakan berikutan masalah kognitif itu.
Keadaan Duterte juga dijangka tidak akan pulih dan "atas sebab itu, Dewan Pra-Perbicaraan perlu menangguhkan semua prosiding perundangan kes beliau untuk tempoh yang tidak ditetapkan," menurut permohonan itu.
Duterte, 80, ditahan di Manila pada 11 Mac lalu menerusi waran ICC dan dibawa ke The Hague pada hari yang sama.
Beliau dituduh bertanggungjawab atas kematian ribuan orang sepanjang "perangnya terhadap dadah" antara 2016 dan 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rodrigo Duterte
#bekas presiden filipina
#ICC
#daya ingatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan