awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Guatemala ditahan atas skandal rasuah

Agensi
Agensi
14/02/2018
02:47 MYT
Bekas Presiden Guatemala ditahan atas skandal rasuah
Alvaro Colom diiringi polis ke mahkamah di Guatemala City, 13 Feb, 2018. (AP Photo/Luis Soto)
Bekas Presiden Guatemala Alvaro Colom dan hampir seluruh bekas menteri kabinetnya ditahan, termasuk pengerusi Oxfam International, atas tuduhan berkaitan skandal rasuah melibatkan konsesi bas.
Perkara itu disahkan pendakwa raya pada Selasa.
Colom yang memegang tampuk pemerintahan dari 2008 hingga 2012 merupakan bekas presiden terbaharu yang terlibat dengan masalah undang-undang.
Pendakwa raya khas Juan Francisco Sandoval berkata, pihaknya kini sedang mempersoal dan meneliti pembelian bas awam yang diguna untuk Guatemala City.
Sandoval berkata, mereka yang ditahan berdepan dengan tuduhan penipuan dan penyelewengan.
Turut ditahan ialah bekas menteri dalam negeri dan bekas menteri kewangan, pertahanan, ekonomi, pendidikan, buruh, persekitaran, kesihatan dan sukan dan kebudayaan.
Kes kini tertumpu kepada sebuah syarikat bas awam yang dikenali sebagai Transurbano.
Kerajaan telah melelong konsesi selama 25 tahun untuk laluan bas Guatemala City dan syarikat swasta yang memenangi kontrak tersebut kemudiannya dikecualikan daripada pembayaran cukai.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wujud keraguan dan ketirisan dalam proses tersebut.
Pendakwaan kes ini turut disertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terlibat dengan misi anti rasuah di Guatemala.
Topic Berkaitan
#Alvaro Colom
#Guatemala City
#konsesi bas
#oxfam international
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan