awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham

Bernama
Bernama
16/08/2023
00:45 MYT
Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Bekas Presiden Iran, Hassan Rouhani berdepan kes baharu di pejabat pendakwa raya khas berhubung "campur tangan beliau dalam pertukaran asing dan pasaran saham. - Gambar fail REUTERS
TEHRAN: Bekas Presiden Iran, Hassan Rouhani berdepan kes baharu di pejabat pendakwa raya khas berhubung "campur tangan beliau dalam pertukaran asing dan pasaran saham," kata jurucakap badan kehakiman pada Selasa.
Berucap pada sidang media mingguan di ibu negara Tehran, Massoud Setayeshi berkata, Rouhani adalah seorang ulama dan pertuduhan terhadapnya telah difailkan di pejabat pendakwa raya khas selaras dengan bidang kuasa berkaitan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran kes yang difailkan terhadap bekas presiden tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.
Beliau digantikan oleh bekas ketua kehakiman, Ebrahim Raisi, pada Ogos 2021.
Semasa penggal kedua pentadbiran beliau (2017-2021), kerajaan Rouhani telah dikritik secara meluas atas campur tangan dalam pasaran pertukaran asing kerana nilai rial Iran merosot berbanding dolar Amerika Syarikat.
Dalam tempoh itu, mata wang Iran telah mengalami penurunan nilai lebih 10 kali ganda, menyebabkan inflasi yang tinggi.
Bekas presiden reformis itu juga berdepan kes yang berkaitan dengan projek dalam industri minyak dan gas.
Pada 2019, adik Rouhani, Hossein Fereydoun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas tuduhan rasuah, yang kemudiannya dikurangkan kepada lima tahun. - BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#bekas presiden Iran
#Hassan Rouhani
#forex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan