INTERNATIONAL
Bekas Presiden Israel Shimon Peres diserang angin ahmar
Peres, 93 tahun, diberikan alat bantuan penafasan dan pemeriksaan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti risiko yang dihadapinya. -Gambar fail
Bekas Presiden Israel, Shimon Peres diserang angin ahmar pada Selasa dan dilaporkan berada dalam keadaan serius.
Peres, 93 tahun, diberikan alat bantuan penafasan dan pemeriksaan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti risiko yang dihadapinya.
Stesen TV Israel melaporkan Peres juga mengalami pendarahan otak serius.
Awal tahun ini, Peres pernah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali kerana komplikasi jantung.