DUNIA
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon nafi semua pertuduhan pada perbicaraan pertama kes undang-undang tentera
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, menafikan semua pertuduhan terhadapnya dalam perbicaraan kedua berkaitan dakwaan undang-undang tentera pada Jumaat. - Gambar fail/AP
SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, menafikan semua pertuduhan terhadapnya dalam perbicaraan kedua berkaitan dakwaan undang-undang tentera pada Jumaat, yang turut menjadi penampilan awam pertamanya sejak ditahan Julai lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.
Bekas presiden yang kini dipenjara itu dibawa dari Pusat Tahanan Seoul, terletak di selatan ibu negara, ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul sebelum perbicaraan pertama bermula pada 10.15 pagi. Perbicaraan akan disiarkan secara dalam talian selepas maklumat peribadi dipadamkan.
Yoon hadir ke mahkamah dengan berpakaian sut biru gelap dan kelihatan lebih kurus, memakai nombor banduan "3617" di dada.
Semasa pemeriksaan identiti oleh hakim, Yoon menyatakan tarikh lahir dan alamat rumahnya sebelum menolak pilihan perbicaraan dengan juri.
Yoon, yang kini dibicarakan atas pertuduhan mengetuai pemberontakan melalui pengisytiharan undang-undang tentera yang singkat pada Disember, kini turut berdepan pertuduhan tambahan termasuk melanggar hak anggota Kabinet, meminda proklamasi undang-undang tentera, serta menghalang penahanannya oleh penyiasat pada Januari.
Beliau juga dituduh mengarahkan pemadaman rekod panggilan telefon dan pengedaran kenyataan palsu.
Semasa pendengaran, peguam Yoon mempertikaikan setiap pertuduhan satu demi satu, mendakwa bekas presiden itu mengisytiharkan undang-undang tentera dalam keadaan kecemasan dan kemudian menariknya semula selepas Parlimen membatalkannya.
Barisan peguam Yoon mendakwa pendakwaan oleh Penasihat Khas Cho Eun-suk dan pasukannya bermotifkan politik, bukan berdasarkan undang-undang.
Yoon turut mempertahankan dirinya berhubung dakwaan proklamasi palsu, yang didakwa oleh penyiasat sebagai disediakan selepas dekri ditarik balik untuk menghalalkan tindakannya, namun akhirnya tidak digunakan.
"Saya marah kepada (bekas Setiausaha Presiden Kang Eui-gu), tetapi dia kata dia akan simpan saja dokumen itu," kata Yoon, merujuk kepada tindakan Kang yang menyediakan draf berkenaan.
Kali terakhir Yoon muncul di khalayak ramai ialah pada 9 Julai, semasa hadir ke perbicaraan waran tangkapan. Selepas mahkamah mengeluarkan waran, beliau ditahan buat kali kedua dan sejak itu enggan hadir ke perbicaraan berkaitan pemberontakan atau mematuhi panggilan penyiasat.
Peguam Yoon menyatakan kehadirannya pada perbicaraan Jumaat adalah wajib mengikut undang-undang untuk memulakan perbicaraan baharu itu.
Pasukan penasihat khas memohon agar perbicaraan dijalankan dengan segera. Mahkamah bersetuju dan memaklumkan yang ia merancang untuk mengadakan perbicaraan sekurang-kurangnya seminggu sekali, biasanya pada Jumaat, tetapi juga pada Selasa jika dua sesi seminggu diperlukan.
Selepas perbicaraan utama, satu sesi berasingan diadakan bagi mendengar permohonan ikat jamin oleh Yoon. Penyiaran sesi ini ditolak oleh mahkamah.
Dalam hujahnya, Yoon bercakap selama 18 minit mengenai kesukaran untuk hadir ke perbicaraan dan menjawab soalan penyiasat semasa dalam tahanan.
"Saya perlu hadir perbicaraan empat hingga lima kali seminggu dan menjawab panggilan penyiasat, tapi saya tak boleh lakukan semua itu dalam keadaan ditahan," katanya, sambil mendakwa beliau sentiasa hadir ke perbicaraan dan soal siasat sebelum ditahan.
"Kalau mahkamah benarkan ikat jamin, saya bercadang untuk bersenam pagi dan malam serta ikut diet khas untuk diabetes sambil memberi kerjasama penuh dalam proses kehakiman," katanya.
Yoon turut mempersoalkan kewajaran pertuduhan terhadapnya, menyifatkannya sebagai "kebudak-budakan."
Ketika ditanya kenapa beliau tidak hadir ke perbicaraan kes pemberontakan, beliau berkata sukar untuk "bertahan" dalam sel seluas 6 meter persegi.
Mengenai tahap kesihatannya yang sebelum ini dikatakan menghalang kehadirannya ke mahkamah, beliau berkata, "Ia tidak seteruk sampai saya tak boleh bernafas."
-- BERNAMA