Bekas presiden Perancis Valery Giscard d'Estaing meninggal dunia akibat COVID-19

Agensi
Disember 3, 2020 13:38 MYT
Bekas Presiden Perancis Valery Giscard dEstaing meninggal dunia akibat COVID-19 pada usia 94 tahun. - Gambar REUTERS
BEKAS Presiden Perancis Valery Giscard d’Estaing, yang banyak menyumbang kepada pemodenan negara itu pada sekitar 1970-an, meninggal dunia akibat COVID-19 pada usia 94 tahun.
Perkara itu diumumkan Valery Giscard d'Estaing Foundation menerusi laman Twitter, yang mengesahkan pemergiannya selepas kesihatannya mulai merosot selepas dijangkiti COVID-19.
“Valery Giscard d’Estaing (VGE) meninggal dunia pada Rabu, 2 Disember 2020 di rumah keluarga di Loir-et-Cher, Perancis,” kata Fondation Valery Giscard d’Estaing (@Fondation_VGE) dalam satu ciapan.

#VGE sest éteint mercredi 02/12/20 dans sa maison familiale du Loir-et-Cher. Son état de santé sétait dégradé et il est décédé des suites du #COVID19 . Conformément à sa volonté, ses obsèques se dérouleront dans la plus stricte intimité familiale.

— Fondation Valéry Giscard d'Estaing (@Fondation_VGE) December 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Reuters melaporkan, mendiang telah dimasukkan ke hospital pada September lalu disebabkan masalah sistem pernafasan, dan kemudian dimasukkan semula pada pertengahan November.
Menurut ciapan itu lagi, acara pengebumian akan diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.
Giscard dilantik sebagai Presiden Perancis pada 1974 di usia yang muda, iaitu 48 tahun dan menjadi pemimpin termuda selepas Perang Dunia Kedua.
Pemimpin kelahiran Jerman itu terkenal sebagai pemimpin yang liberal dan telah memainkan peranan dalam pemodenan Perancis.
Mendiang telah meluluskan undang-undang pengguguran anak, selain membenarkan penceraian yang dipersetujui kedua-dua pihak dan mengurangkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
#Perancis #Valery Giscard d Estaing #presiden #pemimpin #meninggal dunia #COVID-19 #undang-undang #Twitter