Bekas Presiden Peru Alejandro Toledo serah diri

Astro Awani
April 21, 2023 21:40 MYT
Pendakwa Raya Peru memaklumkan jika sabit kesalahan, Toledo boleh dipenjara selama 20 tahun. - Foto fail/REUTERS
BEKAS Presiden Peru, Alejandro Toledo menyerah diri kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).
Beliau kemudian dijangka diektradisi ke Peru, untuk didakwa berkaitan tuduhan rasuah.
Toledo hadir menyerah diri di Bangunan Persekutuan Robert F Peckham di San Jose, California.
Sebelum ini beliau cuba membantah perintah ekstradisi yang dikeluarkan ke atasnya.
Toledo, Presiden dari tahun 2001 ke 2006, dikehendaki atas dakwaan menerima AS$25 juta dari syarikat kontraktor Brazil sebagai suapan untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja pembinaan awam.
Pendakwa Raya Peru memaklumkan jika sabit kesalahan, Toledo boleh dipenjara selama 20 tahun.
Toledo sejak awal menafikan tuduhan tersebut.
Pada tahun 2019, Toledo pernah ditahan selepas Peru mengemukakan permohonan ekstradisi.
Beliau kemudian dibebaskan pada tahun 2020 dan sejak itu tinggal di California.
#Alejandro Toledo #Rasuah #Bekas Presiden #serah diri