awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
KPDN tumpaskan cubaan seludup gula, minyak masak di pangkalan haram
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas puteri Jepun, Mako, selamat lahirkan anak sulung

Bernama
Bernama
30/05/2025
15:20 MYT
Bekas puteri Jepun, Mako, selamat lahirkan anak sulung
Mako Komuro, yang dahulunya dikenali sebagai Puteri Mako, berkahwin dengan Kei Komuro pada Oktober 2021, dan kini pasangan itu menetap di New York. - AP
TOKYO: Mako Komuro, anak pertama kepada Putera Mahkota Fumihito, selamat melahirkan anak sulungnya, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman oleh Agensi Rumah Tangga Diraja Jepun pada Jumaat.
Menurut sumber yang rapat dengan keluarga diraja, ibu berusia 33 tahun itu dan bayi yang baru dilahirkan iaitu cucu pertama Putera Mahkota serta cicit pertama bekas Maharaja Akihito, berada dalam keadaan sihat.
Naomasa Yoshida, pembantu kanan kerabat Putera Mahkota dalam sidang media memaklumkan yang keluarga diraja "berasa gembira dan mendoakan hari mendatang yang membahagiakan" buat bekas puteri dan keluarganya.
Namun begitu, Yoshida enggan mendedahkan tarikh lahir atau jantina bayi tersebut, dengan menyatakan: "Ia merupakan urusan seseorang yang telah meninggalkan keluarga diraja, dan kami berharap keluarga itu dapat menjalani kehidupan dalam suasana tenang."
Mako Komuro, yang dahulunya dikenali sebagai Puteri Mako, berkahwin dengan kekasihnya semasa di universiti, Kei Komuro, pada Oktober 2021. Pasangan itu kini menetap di New York, iaitu Kei bekerja sebagai peguam.
Di bawah Undang-Undang Rumah Diraja Jepun 1947, ahli wanita keluarga diraja akan kehilangan status diraja mereka apabila berkahwin dengan orang biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mako komuro
#lahirkan anak sulung
#Jepun
#bekas puteri raja
#putera mahkota fumihito
#Kei Komuro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan