DUNIA
Bekas Ratu Thailand, Sirikit mangkat pada usia 93 tahun
Ratu Sirikit mangkat pada 9.21 malam, Jumaat (24 Okt) di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn, di bawah jagaan Persatuan Palang Merah Thailand. - REUTERS
BANGKOK: Pejabat Diraja Thailand mengumumkan pada Sabtu kemangkatan bekas Ratu Thailand, Sirikit pada usia 93 tahun.
Ringkasan AI
Dalam kenyataannya, Pejabat Diraja memaklumkan bahawa baginda mangkat dengan tenang pada 9.21 malam, Jumaat (24 Okt) di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn, di bawah jagaan Persatuan Palang Merah Thailand.
Sekumpulan pakar perubatan telah memantau dan merawat kesihatan baginda sejak 7 Sept 2019.
Pemeriksaan mendapati baginda menghidap beberapa penyakit dan masalah kesihatan yang menjejaskan pelbagai sistem organ, sekali gus memerlukan rawatan berterusan.
"Menurut pasukan perubatan, baginda mengalami jangkitan dalam aliran darah pada 17 Okt. Walaupun semua usaha perubatan telah dilakukan, keadaan kesihatan baginda semakin merosot dan mangkat dengan tenang pada 9.21 malam Jumaat pada usia 93 tahun," menurut kenyataan Pejabat Diraja pada Sabtu.
Anakandanya, Raja Maha Vajiralongkorn telah menitahkan Pejabat Diraja agar menguruskan upacara pengebumian diraja dengan penghormatan tertinggi mengikut adat istiadat diraja.
Jasad baginda akan disemayamkan di Balairung Seri Dusit Maha Prasat di Istana Diraja Bangkok.
Raja Maha Vajiralongkorn turut menitahkan tempoh berkabung selama setahun bagi kerabat diraja dan pegawai istana, bermula dari tarikh kemangkatan.
Ratu Sirikit diputerikan di Bangkok pada 12 Ogos 1932 sebagai M.R. Sirikit Kitiyakara, puteri kepada Putera Nakkhatra Mangala dan M.L. Bua Kitiyakara.
Baginda bertunang dengan Raja Bhumibol Adulyadej ketika di luar negara, dan mereka melangsungkan perkahwinan di Bangkok pada 28 April 1950, dan dikurniakan gelaran Seri Paduka Baginda Ratu.
Baginda secara rasmi dimasyhurkan sebagai Ratu pada hari pertabalan Raja Bhumibol pada 5 Mei 1950.
Baginda amat disanjung tinggi atas pengabdian sepanjang hayatnya kepada kesejahteraan rakyat Thailand.
Baginda menumpukan usaha kepada pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita dan pemeliharaan seni serta kraf tradisional Thai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas Ratu Thailand, Sirikit, mangkat pada usia 93 tahun di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn pada 24 Oktober selepas menghadapi pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan aliran darah.
- Upacara pengebumian diraja akan diadakan dengan penghormatan tertinggi, dan Raja Maha Vajiralongkorn mengisytiharkan tempoh berkabung setahun bagi kerabat diraja dan pegawai istana.
- Ratu Sirikit terkenal atas pengabdian sepanjang hayatnya, khususnya dalam pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita, dan pemeliharaan seni serta kraf tradisional Thai.