Bekas timbalan pengarah FBI dipecat

Sinar Harian
Mac 17, 2018 23:42 MYT
McCabe berkata pemecatannya adalah sebahagian usaha lebih besar untuk menjejaskan FBI, penguat kuasa undang-undang dan golongan profesional perisikan. -Foto AP
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions memecat Andrew McCabe, bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang terbabit dalam siasatan agensi itu ke atas Hillary Clinton dan peranan Russia dalam pilihan raya 2016 AS.
McCabe juga sebelum ini berulang kali dikritik Presiden Donald Trump di Twitter.
Pemecatan McCabe berlaku dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ke-50, yang melayakkannya bersara daripada FBI dengan pencen penuh.
Penyingkiran itu dilakukan sembilan bulan selepas Trump memecat Pengarah FBI, James Comey. - Reuters
BACA: Trump pecat Pengarah FBI James Comey
BACA: Ungkapan 'you're fired!' Trump bukan hanya dalam 'The Apprentice'?
#Amerika Syarikat #Andrew McCabe #bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutuan FBI #Donald Trump #FBI #Jeff Sessions #pecat #Peguam Negara #Presiden Amerika Syarikat #Trump