Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Bekas wanita pertama Korea Selatan akan disoal siasat Khamis ini selepas ditahan

Bernama 13/08/2025 | 10:30 MYT
Kim kini ditahan di Pusat Tahanan Seoul Nambu. - Foto AP
SEOUL: Bekas wanita pertama Korea Selatan Kim Keon Hee, akan disoal siasat oleh pendakwa khas pada Khamis susulan penahanannya awal minggu ini berhubung pelbagai dakwaan rasuah, lapor agensi berita Yonhap.


Ringkasan AI
  • Bekas wanita pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, akan disoal siasat pada Khamis oleh pasukan pendakwa khas berhubung dakwaan manipulasi saham, campur tangan pilihan raya dan rasuah.
  • Mahkamah Seoul mengeluarkan waran tahanan praperbicaraan atas kebimbangan Kim mungkin memusnahkan bahan bukti, menjadikannya dan suaminya pasangan bekas presiden pertama ditahan serentak.
  • Kim kini ditahan di Pusat Tahanan Seoul Nambu dan telah menjalani prosedur kemasukan standard, termasuk pemeriksaan kesihatan dan pengambilan gambar tahanan.


Pasukan pendakwa khas itu berkata Kim telah dipanggil ke pejabat KT Gwanghwamun West di pusat bandar Seoul pada pukul 10 pagi untuk sesi soal siasat pertama sejak dia ditahan lewat Selasa atas pertuduhan manipulasi saham, campur tangan pilihan raya dan rasuah.

Mahkamah Seoul mengeluarkan waran tahanan praperbicaraan dengan alasan terdapat kebimbangan beliau mungkin memusnahkan bahan bukti, sekali gus menjadikan Kim dan suaminya, bekas presiden Yoon Suk Yeol, pasangan bekas presiden pertama yang ditahan secara serentak.

Beberapa jam sebelum waran itu dikeluarkan, Kim dipindahkan ke Pusat Tahanan Seoul Nambu di barat daya Seoul, apabila beliau ditempatkan di sel berasingan.

Beliau menjalani prosedur kemasukan standard termasuk pemeriksaan kesihatan dan pengambilan gambar tahanan dengan memakai pakaian seragam penjara berwarna khaki.

Pasukan pendakwa khas itu berkata Kim telah menyatakan kesediaannya untuk mematuhi arahan hadir pada Khamis ini.

-- BERNAMA



#bekas wanita pertama Korea Selatan #Kim Keon Hee #disoal siasat #Rasuah