DUNIA

Belanda adakan pilihan raya umum pada 29 Oktober

Bernama 06/06/2025 | 23:20 MYT
Uitermark, mengumumkan bahawa Belanda akan mengadakan pilihan raya umum pada 29 Oktober selepas pemimpin sayap kanan, Geert Wilders, menarik diri daripada gabungan pemerintah. - Foto X/TRT World Now
THE HAGUE: Belanda akan mengadakan pilihan raya umum baharu pada 29 Oktober ini, umum Menteri Dalam Negeri dan Perhubungan Kerajaan Judith Uitermark pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Majlis Pilihan Raya telah mencadangkan tarikh itu kepada menteri berkenaan, yang menerima syor itu dan menyerahkannya kepada Jemaah Menteri pada hari sama.

Cadangan itu kemudiannya diluluskan, menjadikan tarikh pilihan raya itu rasmi.

Selepas kerajaan tumbang pada Selasa, ahli Parlimen mendesak agar pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Sehingga itu, kerajaan sementara tanpa penyertaan Party for Freedom (PVV) -- yang menarik diri daripada gabungan pemerintah berhubung percanggahan pendapat mengenai dasar migrasi -- akan terus menguruskan urusan harian pentadbiran.

-- BERNAMA







#pilihan raya umum #Judith Uitermark #Majlis Pilihan Raya #jemaah menteri