DUNIA
Belanda isytihar dua menteri Israel sebagai ‘persona non grata’
Smotrich (kanan) dan Ben-Gvir (kiri) dimasukkan ke dalam senarai Schengen sebagai individu asing yang tidak diingini, menyusuli tindakan serupa oleh beberapa negara lain. -Foto fail
AMSTERDAM: Kerajaan Belanda mengisytiharkan dua menteri kanan Israel sebagai persona non grata susulan tindakan dan kenyataan mereka yang disifatkan melampau terhadap rakyat Palestin.
Ringkasan AI
Langkah tersebut melibatkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, yang telah dimasukkan ke dalam senarai Schengen sebagai individu asing yang tidak diingini.
Menurut Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, kedua-dua menteri terbabit berulang kali menghasut keganasan penjarah terhadap penduduk Palestin, menyokong peluasan penempatan haram, dan menyeru pembersihan etnik di Gaza.
“Belanda tidak akan berkompromi dalam soal hak asasi manusia dan keadilan sejagat,” katanya dalam kenyataan kepada Parlimen Belanda, semalam.
Tindakan ini menyusuli langkah serupa oleh Slovenia yang turut melabel dua menteri itu sebagai persona non grata pada 17 Julai lalu.
Sebelum itu, negara-negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Norway telah mengenakan sekatan terhadap mereka.
Sementara itu, Ben-Gvir dilaporkan berkata beliau akan terus mempertahankan kepentingan Israel meskipun dilarang memasuki negara-negara Eropah.
Presiden Israel, Isaac Herzog, turut membantah tindakan Belanda dan menyifatkannya sebagai berat sebelah.
Langkah Belanda dijangka mempertingkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel dalam menangani konflik berterusan di Gaza dan Tebing Barat.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Belanda mengisytiharkan dua menteri kanan Israel sebagai 'persona non grata' kerana didakwa menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin dan menyokong peluasan penempatan haram.
- Menteri Kewangan Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir dimasukkan ke dalam senarai Schengen sebagai individu asing yang tidak diingini, menyusuli tindakan serupa oleh beberapa negara lain.
- Langkah ini dijangka meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel dalam menangani konflik berterusan di Gaza dan Tebing Barat.