awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Pasukan khas PDRM banteras pornografi kanak-kanak ditubuh

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/02/2023
10:14 MYT
Belanjawan 2023: Pasukan khas PDRM banteras pornografi kanak-kanak ditubuh
Sebuah pasukan khas di bawah D11, Polis Diraja Malaysia akan ditubuhkan bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Sebuah pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditubuhkan bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.
Dalam masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberikan sokongan kepada kumpulan bawah umur itu.
"Kerajaan Perpaduan sentiasa prihatin akan keselamatan masyarakat kita, terutamanya wanita dan kanak-kanak. Namun, permasalahan melibatkan wanita dan kanak-kanak masih dilihat membimbangkan saat ini.
"Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak.
"Antaranya, sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terlibat.
"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di parlimen di sini pada Jumaat.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Dalam pada itu, bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, Perdana Menteri berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perkeso akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja.
"Dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini melibatkan dana keseluruhan RM290 juta setahun.
"Saya menyeru supaya majikan memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat. Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi," ujarnya.
Selain itu, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.
"Jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut demi menyokong ibu yang bekerja.
"Pada masa yang sama, Kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.
"Sejumlah RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu para pengusaha," kata beliau.
Selain itu, khusus untuk penjawat awam, Kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.
"Terkait hal yang sama, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Anwar Ibrahim
#Kanak-kanak
#pornografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan