ISTANBUL: Kerajaan Belgium sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin selepas Hamas mengumumkan bahawa ia telah membubarkan badan pentadbirnya di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik agensi berita Belga.
Menteri Luar Maxime Prevot memberitahu penyiar VRT lewat Isnin bahawa beliau mengarahkan Kabinetnya untuk menyediakan keputusan bagi mengiktiraf Palestin.
Perdana Menteri Bart De Wever mengumumkan tahun lepas di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu New York bahawa pengiktirafan mereka bergantung pada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi.
Parti majoriti CD&V menuntut pengiktirafan segera, menekankan bahawa pembubaran badan pentadbir akan menghapuskan hujah penting untuk menangguhkan pengiktirafan rasmi Belgium terhadap Palestin.
Prevot, dalam pada itu, memberi isyarat pengiktirafan itu akan ditangani tidak lama lagi.
"Saya tidak tahu sama ada kita ada bersedia menjelang Jumaat, tetapi ia akan dibentangkan tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA-ANADOLU