Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza

Astro Awani
Januari 9, 2024 23:00 MYT
Timbalan Perdana Menteri Belgium, Petra De Sutter akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mengikut langkah Afrika Selatan memfailkan kes pembunuhan beramai-ramai di ICJ terhadap Israel.
BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri Belgium, Petra De Sutter akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mengikut langkah Afrika Selatan memfailkan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel.
“Belgium tidak boleh berdiam diri dan melihat penderitaan manusia yang amat besar di Gaza. Kita mesti bertindak menentang ancaman pembunuhan beramai-ramai,” kata beliau dalam hantaran di akaun X.

Belgium cannot stand by and watch the immense human suffering in Gaza. We must act against the threat of genocide.

I want Belgium to take action at the International Court of Justice, following the lead of South Africa. I will propose this within the Belgian government. #begov

— Petra De Sutter (@pdsutter) January 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Afrika Selatan yang menyokong perjuangan Palestin sejak beberapa dekad lepas, memulakan prosiding di ICJ bulan lepas memohon mahkamah antarabangsa itu menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza dan memutuskan segera bahawa Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948.
Negara itu juga memohon mahkamah memutuskan supaya Israel segera menghentikan tindakan keganasannya.
#Perang Palestin-Israel #Belgium #dakwa Israel di ICJ