Belon udara panas dengan 13 penumpang terbakar

Agensi
Mac 29, 2018 01:40 MYT
Kesemua 13 penumpang itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan. - Foto AP
Sebuah belon udara panas yang membawa 13 penumpang dilaporkan terhempas dan terbakar di sebuah kawasan padang pasir di luar Phoenix, Amerika Syarikat pada Rabu.
Bagaimanapun menurut laporan yang dikeluarkan, kesemua 13 penumpang itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.
Menurut ketua pengendali belon tersebut Jake Van Hook, pada awalnya satu api kecil berjaya dipadamkan.
Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana api terbabit kemudiannya kembali menyala dan membakar belon panas berkenaan.
Setakat ini menurut pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat lanjut yang diperolehi mengenai punca kejadian dan siasatan masih dijalankan.
#API #belon #padam #Panas #pasir #selamat #siasatan #terhempas