awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bentuk Anak Krakatau sudah berubah, jadi teluk kecil

Agensi
Agensi
03/01/2019
22:00 MYT
Bentuk Anak Krakatau sudah berubah, jadi teluk kecil
Bentuk asal gunung berapi dilaporkan semakin menghilang selepas peningkatan aktiviti gunung berapi pada bulan lalu. - Foto Reuters

Kesan amukan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda pada 22 Disember lalu ternyata memberikan perubahan kepada bentuk gunung itu dan kawasan muka bumi di persekitarannya. Terbaharu, beberapa imej satelit optik berjaya merakamkan gambar gunung berapi itu menerusi platform Dove dan SkySat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat. Bentuk asal gunung berapi dilaporkan semakin menghilang selepas peningkatan aktiviti gunung berapi pada bulan lalu. BACA: Apakah letupan dan gegaran Anak Krakatau benar-benar sudah berhenti? Anak Krakatau yang diambil pada 17 Disember menunjukkan keadaan gunung berapi itu sebelum ia meletus beberapa hari kemudian. Gambar kanan: Gunung berapi tersebut kehilangan dua pertiga daripada ketinggiannya. - Foto Planet Labs

Gambar kiri: Anak Krakatau yang diambil pada 17 Disember menunjukkan keadaan gunung berapi itu sebelum ia meletus beberapa hari kemudian. Gambar kanan: Gunung berapi tersebut kehilangan dua pertiga daripada ketinggiannya. - Foto Planet Labs
Keadaan asal Anak Krakatau yang mempunyai ketinggian 340 meter kini telah berpecah membentuk sebuah teluk kecil. Agensi bencana Indonesia memaklumkan dua pertiga ketinggian Anak Krakatau (150-170 juta kubik meter) telah hilang yang mana sebahagian besarnya dipercayai menggelongsor ke dalam laut.

Tsunami yang dihasilkan akibat letusan gunung berapi tersebut di Selat Sunda pada 22 Disember lalu mengorbankan 431 orang, sementara lebih 7,200 orang cedera, 15 masih dilaporkan hilang manakala 46,646 orang terpaksa dipindahkan. Selain itu, lebih 1,778 kediaman rosak, serta 434 perahu dan kapal turut mengalami kerosakan. - Sumber BBC.

Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anak
#Anak Krakatau
#cedera
#Dove dan SkySat
#gunung berapi
#hilang
#Indonesia
#tsunami selat Sunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan