awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2024
01:20 MYT
Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML menangis ketika mengimbau semula kejadian membunuh isterinya. - Foto Sinar Harian/Agensi
DEMAK: Seorang lelaki nekad menikam isterinya berkali-kali hingga mati kerana berang dicurangi mangsa.
Matias Leu atau ML, 41, turut melarikan diri setelah melakukan perbuatan itu di hadapan dua anak mereka ketika kejadian di Gresik, Jawa Timur di Indonesia.
Dia bagaimanapun berjaya diberkas pihak berkuasa di tempat persembunyiannya di Demak, Jawa Tengah pada Khamis lalu.
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
"Saya menyesal. Ia berlaku kerana isteri saya selingkuh," katanya sambil menangis.
Dia kini dinamakan sebagai suspek dan boleh dihukum penjara 15 tahun jika disabit bersalah.
Ketika kejadian pada 23 November lalu, ML bertemu isterinya, Magdalena Fallo di rumah saudara wanita itu di Desa Mojosarirejo, Kecamatan Driyorejo, Kabupaten Gresik.
Mereka turut bertengkar sebelum mangsa keluar dari rumah itu.
"Pelaku mengejarnya sambil membawa pemutar skru dan menikam mangsa. Wanita itu tetap berusaha melarikan diri dan ditusuk pula dengan pisau.
"Mangsa akhirnya tersungkur dan pelaku bertindak meninggalkan lokasi kejadian," ujar jurucakap pihak berkuasa.
Magdalena yang mempunyai sembilan kesan tikaman termasuk pada dada, perut dan wajahnya turut dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#curang
#bunuh isteri
#tikam
#Matias Leu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan