DUNIA
Berang pendingin hawa tidak berfungsi, dua penumpang cuba ceroboh kokpit pesawat
Insiden itu berlaku pada Isnin ketika pesawat SG 9282 mula bergerak ke landasan untuk berlepas pada jam 12.30 tengah hari. -Video tular
NEW DELHI: Penerbangan SpiceJet dari Delhi ke Mumbai terpaksa ditangguhkan selama hampir tujuh jam selepas dua penumpang bertindak agresif dan cuba memasuki kokpit gara-gara tidak berpuas hati dengan sistem pendingin hawa dalam pesawat.
Ringkasan AI
Insiden itu berlaku pada Isnin ketika pesawat SG 9282 mula bergerak ke landasan untuk berlepas pada jam 12.30 tengah hari.
Menurut jurucakap SpiceJet, dua lelaki yang duduk di bahagian belakang kabin dilaporkan menjerit dan memaksa kru kabin menghidupkan pendingin hawa yang dipercayai tidak berfungsi dengan baik ketika pesawat masih di landasan.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan penumpang lain cuba menenangkan keadaan sambil mengingatkan bahawa tindakan mereka adalah satu kesalahan serius.
Kru kabin telah beberapa kali mengarahkan kedua-dua individu berkenaan kembali ke tempat duduk, namun tidak diendahkan.
Susulan itu, juruterbang mengambil keputusan untuk memaklumkan kejadian kepada pihak keselamatan dan mengarahkan pesawat kembali ke ruang parkir.
Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF) dipanggil dan membawa keluar kedua-dua penumpang sebelum menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang untuk siasatan lanjut.
SpiceJet dalam kenyataan memaklumkan keputusan dibuat demi keselamatan penumpang dan anak kapal.
Kesemua penumpang terpaksa turun dari pesawat bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Penerbangan akhirnya berlepas semula pada jam 7.21 malam dan tiba di Mumbai sekitar jam 9.05 malam.
Pihak syarikat tidak mengesahkan sama ada kelewatan sepenuhnya berpunca daripada insiden gangguan berkenaan.
Ringkasan AI
- Penerbangan SpiceJet dari Delhi ke Mumbai ditangguhkan hampir tujuh jam selepas dua penumpang bertindak agresif kerana tidak berpuas hati dengan pendingin hawa pesawat.
- Kedua-dua penumpang cuba memasuki kokpit dan enggan mematuhi arahan kru, menyebabkan pesawat kembali ke ruang parkir dan mereka diserahkan kepada pihak berkuasa.
- Semua penumpang terpaksa turun untuk pemeriksaan, dan penerbangan akhirnya berlepas semula pada jam 7.21 malam, tiba di Mumbai sekitar jam 9.05 malam.