awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berani cabut tayar dari leher buaya? Indonesia akan beri anda ganjaran ...

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
31/01/2020
04:43 MYT
Berani cabut tayar dari leher buaya? Indonesia akan beri anda ganjaran ...
Jelas Hasmuni, pihaknya bimbang sekiranya tayar tersebut akan membunuh reptilia sepanjang empat meter itu secara perlahan-lahan. - Foto YouTube/Caters Clips
Pihak berkuasa Indonesia menganjurkan pertandingan dan menawarkan ganjaran kepada individu berani yang berjaya mengeluarkan tayar tersangkut di bahagian leher seekor buaya liar di Palu.
Lapor portal berita Bangkok Post, pertandingan itu diadakan susulan tularnya video di media sosial yang menunjukkan buaya itu seakan-akan sukar bernafas kerana sebuah tayar motosikal tersangkut di lehernya.
Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA), Hasmuni Hasmar berkata pihaknya juga tidak berjaya mencari jalan untuk membantu mengeluarkan objek tersebut yang dilaporkan tersangkut pada haiwan malang itu sejak beberapa tahun lalu.
"Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu," ujarnya.
Jelas Hasmuni, pihaknya bimbang sekiranya tayar tersebut akan membunuh reptilia sepanjang empat meter itu secara perlahan-lahan.
Katanya lagi, lokasi keberadaan buaya itu berjaya dikesan baru-baru ini dan gabenor wilayah terbabit mengarahkan agensi pemuliharaan sumbernya untuk mencari cara paling berkesan bagi menyelamatkan haiwan terbabit selepas percubaan sejak beberapa tahun menemui jalan gagal.
Pihak berkuasa akhirnya mengambil keputusan meminta ‘pertolongan’ orang ramai untuk melakukan tugas berkenaan.
Memahami risiko yang bakal dihadapi oleh peserta, Hasmuni turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak berniat untuk memanggil individu amatur, sebaliknya membenarkan pakar penyelamat haiwan liar untuk menyelamatkan buaya itu.
“Kami meminta agar orang awam tidak terlalu dekat dengan buaya itu atau mengganggu habitatnya,” kata Hasmuni.
Sehingga kini, jumlah ganjaran berkenaan masih lagi belum didedahkan.
Topic Berkaitan
#Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah
#BKSDA
#buaya
#Indonesia
#Media
#media sosial
#reptilia
#Sulawesi
#tayar
#tersangkut
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan