awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk

Sinar Harian
Sinar Harian
15/10/2024
01:30 MYT
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Polis Jawa Timur yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan bahawa wanita terbabit kini sudah ditahan oleh pihaknya. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Seorang pembantu rumah di Surabaya bertindak diluar batasan apabila memberi anak majikannya berusia dua tahun, steroid dengan alasan supaya kanak-kanak itu kekal gemuk.
Menurut pembantu yang tidak didedahkan nama itu menjelaskan bahawa, dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
"Saya memberinya steroid jika dia tidak mahu makan terutamanya pada waktu makan tengah hari, hanya sekali dalam sehari," katanya seperti dilaporkan media tempatan pada Isnin.
Dalam pada itu, Polis Jawa Timur yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan bahawa wanita terbabit kini sudah ditahan oleh pihaknya.
"Alasannya ingin membuatkan kanak-kanak itu kekal gemuk, tetapi dia tidak mempunyai latar belakang bidang perubatan," kata jurucakap polis Jawa Timur Kombes Pol. Farman.
Farman menjelaskan, suspek akan dijatuhkan hukuman mengikut Pasal 44 Ayat 1 Undang-undang KDRT dan Pasal 436 UU Kesihatan.
Difahamkan laporan dibuat oleh ibu mangsa selepas dia mengetahui tindakan pembantu rumahnya itu.
Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor.
Dalam jangka masa pendek, pengguna steroid akan mengalami pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah 'moon face'. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pembantu rumah
#steroid
#anak majikan
#gemuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan