DUNIA
Beribu-ribu peluru tentera Jerman dicuri dari lori penghantaran
Kementerian Pertahanan Jerman mengesahkan insiden berlaku apabila pemandu syarikat logistik meninggalkan lori tanpa pengawasan di tempat letak kereta terbuka. - Gambar hiasan/REUTERS
BERLIN: Pihak berkuasa Jerman sedang menyiasat kecurian besar-besaran melibatkan hampir 20,000 butir peluru milik tentera negara itu yang dilaporkan hilang dari sebuah lori penghantaran di timur bandar Burg, Saxony-Anhalt.
Ringkasan AI
Menurut Kementerian Pertahanan Jerman, insiden berlaku pada malam 25 November apabila pemandu syarikat logistik awam yang dilantik tentera meninggalkan lori tanpa pengawasan di tempat letak kereta terbuka.
Keesokan harinya, ketika penghantaran tiba di Kem Clausewitz, pihak tentera mendapati sejumlah besar peluru telah hilang.
Majalah mingguan Der Spiegel melaporkan bahawa muatan yang dicuri termasuk kira-kira 10,000 butir peluru hidup untuk pistol, 9,900 peluru kosong untuk raifal serangan, serta beberapa bom asap.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan sebarang tangkapan atau mengenal pasti suspek.
Polis dan tentera telah melancarkan siasatan bersama bagi mengenal pasti bagaimana kecurian boleh berlaku dalam sistem logistik ketenteraan yang sepatutnya ketat.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Jerman menyiasat kecurian hampir 20,000 butir peluru milik tentera negara itu daripada lori penghantaran di Burg, Saxony-Anhalt.
- Kementerian Pertahanan Jerman mengesahkan insiden berlaku apabila pemandu syarikat logistik meninggalkan lori tanpa pengawasan di tempat letak kereta terbuka pada 25 November.
- Muatan yang dicuri termasuk peluru hidup untuk pistol, peluru kosong untuk raifal serangan, dan beberapa bom asap; pihak berkuasa belum mengesahkan tangkapan atau suspek.