DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Februari 2021.
1) Menteri Kesihatan Argentina letak jawatan, beri suntikan vaksin kepada bukan senarai utama
Menteri Kesihatan Argentina, Gines Gonzales Garcia terpaksa meletak jawatan selepas didakwa memberi suntikan vaksin kepada individu yang bukan dalam senarai keutamaan.
2) Protes Thailand: Rakyat bantah keputusan usul undi tidak percaya
Penunjuk perasaan anti-kerajaan Thailand kembali mengadakan protes di luar bangunan Parlimen di Bangkok.
Bantahan tercetus selepas Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan sembilan Menteri Kabinet terselamat daripada undi tidak percaya yang diusulkan pada Sabtu.
3) Protes di Myanmar: Petugas media mati ditembak di kepala
PETUGAS media antara dua yang maut dalam pertempuran penunjuk perasaan dan junta tentera di Myanmar.
Lapor agensi berita AP, mangsa, Lin Khaing, penolong pengarang Voice of Myanmar meninggal dunia akibat ditembak di kepala.
4) COVID-19: Kes positif 111 juta, kematian 2.5 juta
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 111,018,903 berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 28,065,688 kes.
5) Hantar pulang, PBB, AS bimbang Malaysia hantar PATI ke Myanmar
Agensi Pelarian PBB mendedahkan sekurang-kurangnya enam individu yang berdaftar denganya adalah antara 1,200 warga Myanmar yang akan dihantar pulang oleh Malaysia minggu depan.
Pelan itu membuatkan Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan bahawa rancangan itu membahayakan nyawa mereka yang dihantar pulang.
6) Rampasan kuasa, UK pertimbang tindakan lanjut terhadap Myanmar
Britain mempertimbangkan tindakan lanjut ke atas Myanmar. Setiausaha Luarnya, Dominic Raab sifatkan insiden tembakan terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan secara aman sebagai tidak boleh diterima.
7) Nuklear Iran, Tehran optimis AS tarik semula sekatan
Isu nuklear Iran. Republik itu optimis Amerika Syarikat akan menarik semula sekatan ekonominya. Keyakinan ini memberi bayangan berhubung kesediaan Tehran untuk menamatkan ketegangan dengan Washington.
8) Kudeta Myanmar, pasukan keselamatan Myanmar tingkat tekanan
Pasukan keselamatan Myanmar meningkatkan tekanan terhadap penunjuk perasaan Anti Kudeta pada Sabtu. Mereka menggunakan meriam air, gas pemedih mata, lastik dan peluru getah terhadap peserta demonstrasi di Mandalay, kota kedua terbesar negara itu.
9) Tiada lagi tugasan Diraja untuk Harry
Istana Buckingham telah mengesahkan bahawa Putera Harry dan isterinya, Meghan, tidak akan kembali melakukan tugasan Diraja. Pada masa sama, Harry akan menyerahkan gelaran Ketenteraan Kehormatnya.
10) Prihatin nasib petugas barisan hadapan
Melihat kepada kepayahan dan pengorbanan tanpa mengenal erti jemu oleh petugas barisan hadapan ketika tempoh pandemik COVID-19 ini. Sekumpulan remaja di Portugal tampil dengan inisiatif murni, 'Selamatkan Petugas Barisan Hadapan'.

#berita pilihan
#berita luar negara
#berita antarabangsa
#pandemik
#COVID-19
#Menteri Kesihatan Argentina