Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Nursyazwani Saiful Sham
Jun 17, 2020 15:01 MYT
Jun 17, 2020 15:01 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 17 Jun 2020.
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 41,000 dengan angka kematian kini berjumlah 2,276 orang.
Singapura mengesahkan tambahan 247 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini pada 41,216 kes.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berharap, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal menjadi model penganjuran Olimpik dan Paralimpik seterusnya.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengerahkan pemimpin tentera tertinggi negara itu bagi mengawasi pintu masuk sempadan.
Lelaki berusia 26 tahun dilabel sebagai lelaki paling gemuk di Wuhan selepas berat badannya bertambah sebanyak 100 kilogram (kg) setelah lima bulan berada di rumah kerana pelaksanaan perintah berkurung akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Perjuangan petugas barisan hadapan di Iran dalam memerangi wabak COVID-19 seolah-olah tiada titik noktah selepas hampir lima bulan tidak menunjukkan tanda semakin reda.
Lebih 60 peratus penerbangan komersial masuk dan keluar dari Beijing dibatalkan ketika ibu kota China meningkatkan tahap amaran pada Rabu.
Even as India has become home to the largest number of child brides in the world, it has set up a 10-member task force to determine the right age for women to marry and become mothers, reported Anadolu Agency.
North Korea said Wednesday it has rejected South Korea's offer to send special envoys and will redeploy troops to two inter-Korean business zones near the border, unrelentingly ratcheting up tensions a day after the regime blew up a joint liaison office.
India has added more than 2,000 COVID-19 deaths to its tally, after Delhi and Maharashtra states included 1,672 unreported fatalities, increasing the total number to 11,903.