awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo 2020 bakal menjadi model penganjuran temasya sukan dunia

Agensi
Agensi
17/06/2020
12:38 MYT
Olimpik Tokyo 2020 bakal menjadi model penganjuran temasya sukan dunia
Temasya Olimpik Tokyo 2020 sebelum ini diumumkan ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19 dan ia dijadualkan semula bermula 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berharap, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal menjadi model penganjuran Olimpik dan Paralimpik seterusnya.
Temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini diumumkan ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19 dan ia dijadualkan semula bermula 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan.
Menurut Koike, tiga fokus utama penganjuran temasya sukan yang ditangguhkan itu merangkumi faktor keselamatan, bajet dan kemudahan.
"Perkara pertama adalah aspek keselamatan orang ramai ketika penganjuran sukan itu. Kedua, adalah bagaimana untuk mengurangkan bajet dan kos perbelanjaan.
"Kita perlu memastikan orang ramai memahami perkara tersebut. Ketiga, kami perlu memikirkan cara yang memudahkan penganjuran tersebut," kata beliau.
BACA: Olimpik Tokyo peroleh kelulusan 80 peratus bagi kemudahan fasiliti
Ketika ini Tokyo sedang berbincang dengan pihak penganjur untuk mengecilkan penganjuran Olimpik dan Paralimik, namun penjelasan tentang pengungaran kos atau perincian lain masih belum dijelaskan.
Sebelum ini, penganjur sukan Olimpik Tokyo memaklumkan telah memperoleh kelulusan sebanyak 80 peratus bagi tempat dan kemudahan fasiliti acara temasya tersebut.
BACA: IOC, penganjur Olimpik Tokyo setuju mudahkan acara
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gabenor Tokyo
#keselamatan
#Sukan Olimpik Tokyo
#Yuriko Koike
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan