Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 24, 2020 15:58 MYT
September 24, 2020 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 24 September 2020.
Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Indonesia mencatatkan 4,634 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.
Polis Vietnam menyerbu sebuah kilang yang mengitar semula kondom terpakai di Selatan Bandar Ho Chi Minh.
Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada penduduk tempatan.
Singapura yang sedang merangka hala tuju pembukaan semula fasa ketiga dan keempat sektor ekonomi dan aktiviti sosial, mengesahkan pertambahan 15 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Beberapa ketua negara menggesa agar akses kepada vaksin COVID-19 diberikan secara adil ke seluruh dunia apabila ia tersedia nanti.
Gesaan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75, pada Rabu.
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul aziz berucap di pentas Perhimpunan Agung PBB ke-75 menerusi rakaman video. Ini ucapan kali kedua pemerintah dari Arab Saudi berucap di perhimpunan badan dunia itu.
Gabenor California Gavin Newsom menandatangani Perintah Eksekutif yang melarang penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol di negeri itu pada 2035.
Menurut perintah berkenaan, pada tahun itu, semua kereta baharu dan trak penumpang yang dijual di California diwajibkan terdiri kenderaan tanpa pelepasan gas.
Tentera Korea Utara didakwa menembak mati seorang Pegawai Perikanan Korea Selatan yang hilang dari kapal peronda. Mangsa berusia 47 tahun sebelum itu menaiki kapal peronda berhampiran sempadan barat kepulauan Yeonpyeong.
Kenyataan Donald Trump itu mendapat reaksi segera pesaingnya, Joe Biden Semasa pulang dari kempen di North Carolina, Biden berkata, beliau tidak tahu apa bermain di fikiran Trump sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com Jack Ma bukan lagi orang paling kaya di China.
Kedudukannya itu dipintas pemilik perniagaan air botol Zhong Shanshan yang kini digelar hartawan terkaya di negara itu.
#Arab Saudi
#Astro
#Astro Awani
#California
#China
#COVID-19
#Donald Trump
#ekonomi
#Indonesia
#Korea Selatan
#Korea Utara
#PBB
#perhimpunan
#petrol
#Singapura
#Twitter
#Vietnam