ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 21 November 2020.
1) Twitter akan serah akaun rasmi Presiden AS @POTUS kepada Joe Biden
Twitter akan menyerahkan kawalan akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat @POTUS kepada Joe Biden selepas selesai mengangkat sumpah kelak.
Media tempatan melaporkan, akaun @POTUS itu merupakan akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat dan ia berasingan dengan akaun @realDonaldTrump yang digunakan Presiden Donald Trump.
2) COVID-19 di Indonesia: 4,998 kes baharu, jumlah keseluruhan kini 493,308
Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini menjangkau 493,308 kes, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini.
Menurutnya 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi pesakit masih dalam pemantauan.
3) Budak 7 tahun diculik, disembunyi di bilik bawah tanah berjaya diselamatkan
Polis Rusia berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diculik lebih dua bulan lalu di Vladimir.
Rakaman serbuan ke atas lokasi penculikan itu didedahkan Jawatankuasa Siasatan Rusia yang menjurus kepada penangkapan suspek berusia 26 tahun.
4) Perjanjian Gelembung Perjalanan Udara Singapura-Hong Kong ditangguhkan
Gelembung Perjalanan Udara (ATB) antara Singapura dan Hong Kong yang sepatutnya dilancarkan pada Ahad, ditangguhkan untuk tempoh dua minggu lagi.
Ia selepas Hong Kong mencatatkan jangkitan kes melebihi 100 dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.
5) 'Pop-up minta izin': iOS 14 beri Apple kelebihan dalam persaingan pengiklanan digital
Melalui sistem pengoperasian iOS 14, Apple dilihat mempunyai kelebihan dalam persaingan rangkaian pengiklanan digital, yang merupakan satu industri bernilai sekitar AS$80 bilion.
Menurut portal Forbes, peranti yang menggunapakai iOS 14 mempunyai kawalan tetapan dimana pengiklan dan rangkaian pengiklanan selain milik Apple, seperti Google dan Facebook, memerlukan persetujuan pengguna setiap kali ia mahu menjejak atau mengumpul data carian melalui aplikasi masing-masing.
6) Vaksin Moderna dan Pfizer tidak beri kesan sampingan besar- Prof Dr Frederick
Vaksin COVID-19, Moderna dan Pfizer dijangka tidak memberikan kesan sampingan besar kepada pengguna.
Profesor Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Yale, Prof Dr Frederick L. Altice berkata, ujian ke atas 30,000 hingga 40,000 pesakit menunjukkan mereka tidak menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap vaksin.
7) APEC: Kukuhkan perjanjian perdagangan bebas, reformasi perdagangan - Penganalis
Negara Anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ketika ini masih dalam rangkaian tidak formal, di mana tiada perjanjian perdagangan bebas antara negara dan masih bergantung kepada aspek kerjasama dan kepercayaan.
8) Sekurang-kurangnya 26 maut, 8 hilang akibat banjir di Colombia
Tanah runtuh dan banjir yang berpunca daripada hujan lebat di Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 26 maut manakala lapan lagi dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa berkata, hujan lebat berterusan selama seminggu di kawasan yang meliputi hutan tropika Choco sehingga sempadan Cúcuta itu juga telah memusnahkan lebih 22,000 buah rumah dan mencederakan 39 orang.
9) Virus infection creates immunity for at least six months: Study
Individuals infected with coronavirus are unlikely to catch the illness again for at least six months, researchers at the University of Oxford said Friday.
The finding comes as part of a large-scale study into Covid-19 reinfection after observations from healthcare professionals that the phenomenon was relatively rare.
10) Black models increasingly visible on Brazil's catwalks
Afro-Brazilian models Shirley Pitta and Gloria Maria Fonseca Siqueira had dreamed of the catwalk since they were girls, but in a Brazilian fashion world much whiter than the country itself, it remained a far-away fantasy until recently.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Nov 21 2020
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.