DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Februari 2021.
Menurut laporan Formula TV, keputusan mengejut itu dibuat susulan arahan penahanan Ketua Parti Pembangkang Gerakan Nasional Bersatu, Nika Melia.
Pengarah Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Dr Carissa Etienne mendedahkan walaupun kes COVID-19 menurun 10 peratus pada minggu lalu, namun jumlah jangkitan sebanyak 1.2 juta masih direkodkan.
Ribuan anggota tentera Amerika Syarikat enggan disuntik vaksin COVID-19, meskipun selepas komander-komander berusaha untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Aplikasi yang membolehkan buah-buahan segera dipanggil balik jika dijangkiti virus COVID-19 memberi kelegaan kepada orang ramai di Hong Kong.
Orang ramai bersorak ketika menyaksikan Trump Plaze yang beroperasi sebagai hotel dan kasino milik bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dirobohkan.
Pengurusan logistik menjadi perkara paling penting dalam memastikan program vaksinansi COVID-19 sesebuah negara itu berjalan lancar.
Perkampungan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Zhangjiakou bakal menjadi contoh kepada konsep pembangunan lestari.
Ini selepas Australia ingin gergasi teknologi seperti Google dan Facebook untuk membayar kandungan yang dikeluarkan syarikat berita ini.
Kerajaan Australia mengutuk tindakan Facebook menyekat pengguna di negara itu daripada kongsi atau baca kandungan berita di platformnya.
Badan Hak Asasi Manusia PBB telah meminta maklumat dari Emiriah Arab Bersatu mengenai Puteri Dubai yang dikatakan telah dikurung dalam sebuah vila dengan penguatkuasaan yang ketat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami