Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 16, 2021 11:43 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 16 April 2021.
1. Tembakan rambang: Sekurang-kurangnya 8 maut ditembak di Indianapolis
Sekurang-kurangnya lapan individu maut manakala beberapa lagi dilaporkan cedera ditembak dalam satu serangan rambang di gedung perkhidmatan FedEx di Indianapolis, Amerika Syarikat.
2. COVID-19 | Suntikan ketiga vaksin Pfizer mungkin diperlukan
Amerika Syarikat sedang bersedia untuk kemungkinan suntikan tambahan diperlukan bagi tempoh antara sembilan ke 12 bulan selepas individu menerima suntikan vaksin COVID-19.
3. Putera Philip | Johnson hargai jasa mendiang dalam tentera laut
Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson memuji dan menghargai sumbangan Putera Philip dalam kariernya di tentera laut. Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Kolej Tentera Laut Dartmouth di Devon, yang menjadi tempat Putera Philip sebagai kadet.
4. Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa Myanmar berlindung di masjid
Seorang pejalan kaki terbunuh apabila pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah para pekerja kesihatan di Mandalay pada Khamis sehingga menyebabkan para penunjuk perasaan anti rampasan kuasa melarikan diri ke sebuah masjid untuk mendapatkan perlindungan.
5. Karya 'terbakar' artis seni kontemporari Malaysia hiasi muka hadapan Time Magazine
Hasil karya seniman kontemporari Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine berkenaan perubahan iklim pada 26 April depan.
6. Pelajar sekolah diheret beberapa meter selepas kaki tersepit pintu bas
Seorang pelajar perempuan hanya mengalami cedera ringan selepas diheret beberapa meter akibat kakinya tersepit di pintu sebuah bas. Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelajar tersebut bersama beg sekolah cuba turun daripada bas berkenaan di Huizhou, China pada 8 April lalu.
7. COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.97 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.97 juta kes.
8. Amerika-Rusia | Amerika Syarikat usir 10 diplomat Rusia
Pentadbiran Joe Biden umum Amerika Syarikat mengusir 10 diplomat Rusia dan melaksanakan sekatan terhadap berpulluh-puluh syarikat dan warga Rusia, susulan campur tangan Kremlin dalam Pilihan Raya Presiden tahun lalu dan penggodaman agensi persekutuan.
9. COVID-19 | Kes positif global melebihi 138.6 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 138.6 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
10. Pasaran AS | Indeks Dow Jones ditutup lepasi 34,000 mata
Saham di pasaran Amerika ditutup pada paras tertinggi dengan indeks Dow Jones meningkat lebihi 34 ribu mata untuk pertama kali. Ini disokong hasil bon perbendaharaan Amerika yang menurun dan jualan runcit pada March yang kukuh.
#China #Myanmar #United Kingdom #Amerika Syarikat #Rusia #pilihan raya #serangan #COVID-19 #Joe Biden #Boris Johnson #Penunjuk perasaan #Pfizer #angka korban #vaksin