Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 8, 2021 15:51 MYT
Ogos 8, 2021 15:51 MYT
NTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 8 Ogos 2021.
Artikel ini, tidaklah menceritakan perihal sukan-sukan di temasya berprestij itu namun membawakan cerita di sebalik jambangan bunga dipegang atlet yang memenangi pingat.
Sebagai persiapan untuk menghantar angkasawan ke Marikh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) membuka permohonan untuk empat individu untuk tinggal selama setahun di Mars Dune Alpha, sebuah fasiliti seluas 1,700 kaki persegi, yang dibina menggunakan teknologi percetakan 3D, terletak dalam bangunan Johnson Space Center di Houston.
Gelombang ketiga jangkitan COVID-19 di Myanmar telah melumpuhkan sistem kesihatan negara itu.
Manakala tempat membakar mayat semakin sesak dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.
Pesawat pesawat Israel melancarkan serangan udara ke atas dua sasaran di Semenanjung Gaza yang didakwa tapak pelancaran roket dan kompleks tentera milik Hamas Antara lain, tentera Israel mendakwa serangan udara itu sebagai membalas serangan belon membawa bahan bakar yang dilepaskan dari Gaza ke atas Israel.
Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, selepas lebih setahun tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak COVID-19, lapor agensi berita negara SPA awal pagi Ahad.
Seorang jurugambar berjaya merakamkan gambar seekor ikan jerung yang besar melompat keluar dari permukaan air laut di pantai Wales baru-baru ini.
Ini mungkin kaedah yang masih asing dan belum pernah dipraktikkan di mana-mana negara ketika ini. Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di kota Zhengzhou, ibukota wilayah Henan di tengah China, susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 baru-baru ini.
Kebakaran buruk yang melanda beberapa hutan terakhir di Greece, menyebabkan hampir separuh daripadanya hanya tinggal abu Kebakaran itu juga telah merebak sehingga ke gunung Parnitha iaitu sebuah taman negara yang terletak di Utara Athens kesan gelombang panas yang terburuk yang pernah berlaku di negara itu.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Sabtu sebagai tanda protes terhadap peraturan baharu vaksin COVID-19 yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi manusia Tunjuk perasaan tersebut diadakan dua hari selepas pihak berkuasa mengumumkan undang-undang baharu yang memerlukan pas vaksinasi di kebanyakan tempat.
Tokyo pada Ahad menyerahkan baton kepada Paris yang bakal menjadi tuan rumah dalam menganjurkan acara temasya Sukan Olimpik pada tahun 2024.
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#pandemik
#COVID-19
#vaksin
#NASA
#Tokyo 2020
#Olimpik