awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Kisah sedih di sebalik jambangan bunga Olimpik

Agensi
Agensi
08/08/2021
10:26 MYT
Tokyo 2020: Kisah sedih di sebalik jambangan bunga Olimpik
Di sebalik jambangan bunga indah ini, rupanya tersirat kisah sedih yang melingkari kehidupan rakyat Jepun pada beberapa tahun lepas yang kemudiannya diabadikan pada jambangan bunga ini.
KUALA LUMPUR: Sukan Olimpik Tokyo bakal melabuhkan tirainya.
Sepatutnya dianjurkan pada tahun lepas namun, akibat pandemik COVID-19, temasya itu ditangguhkan ke tahun ini.
Begitupun, kemeriahannya tetap terasa dan Malaysia tidak menghampakan pada tahun ini, pulang dengan satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
Artikel ini, tidaklah menceritakan perihal sukan-sukan di temasya berprestij itu namun membawakan cerita di sebalik jambangan bunga dipegang atlet yang memenangi pingat.
BACA: Apabila pingat perak bernilai emas...
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Di sebalik warna yang terang dan ceria, rupanya tersirat kisah sedih setiap kuntuman bunga tersebut.
Sejambak bunga yang diberikan kepada pemenang mempunyai makna tersendiri dan bukan hanya bunga yang dipetik di kebun-kebun, kemudiannya diikat dan dibentuk menjadi satu jambangan indah.
Tidak, kisahnya lebih jauh daripada itu.
Olimpik Tokyo 2020 | Azizulhasni Awang hadiahkan perak buat negara
BACA: "Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Untukmu MALAYSIA .#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia#teamazizul #azizulawang#olympics #olympic #tokyo2020 #tokyo pic.twitter.com/TsqY4hgmqO
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) August 8, 2021
Bunga-bungan itu sebenarnya mewakili daerah yang berlainan di timur laut Jepun yang terjejas akibat gempa bumi, tsunami pada tahun 2011 dan letupan loji nuklear Fukushima.
Menurut laporan BBC, kira-kira 5,000 jambangan bunga diserahkan kepada atlet di Sukan Olimpik dan Paralimpik.
Berikut beberapa fakta di sebalik jambangan bunga itu yang sebenarnya menyimpan kedukaan rakyat Jepun:
1. Tumbuh di kawasan bencana
Bunga-bunga itu dipercayai tumbuh terutamanya di kawasan timur laut Jepun - kawasan yang terjejas akibat musibah dan seperti yang dilaporkan sebelum ini, hampir 20,000 orang mati di wilayah Iwate, Fukushima dan Miyagi.
View this post on Instagram
A post shared by The Olympic Games (@olympics)
2. Ditanam di pelbagai kawasan
Bunga berwarna kuning, hijau dan biru itu ditanam di pelbagai kawasan di Jepun (Iwate, Fukushima dan Miyagi).
3. Ibu bapa tanam benih kerana kenangkan pemergian anak
Bunga matahari berwarna kuning di jambangan itu mewakili wilayah Miyagi.
Di wilayah itu, ibu bapa telah menanam benih bunga tersebut untuk mengenang anak-anak mereka yang terkorban dalam bencana berkenaan.
Lereng bukit adalah tempat anak-anak berlindung semasa tsunami yang kemudian membuat ibu bapa memilih kawasan itu untuk ditanam benih-benih tersebut.
4. Fukushima, inisiatif sokong ekonomi tempatan
Bunga lisianthus berwarna ungu dan 'Solomon's seal’ pula mewakili Fukushima.
Fukushima adalah sebahagian daripada inisiatif yang menyokong ekonomi tempatan.
Tujuan utama mereka adalah untuk mengembalikan ekonomi tempatan yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.
5. Bunga biru yang 'menerangi' kawasan bencana
Bunga biru terang kecil yang juga disebut gentians, mewakili Iwate.
Bunga itu juga dapat dilihat dalam jambangan tersebut kerana tumbuh di kawasan persisiran yang terjejas akibat bencana pada tahun 2011.
6. Bunga mewakili venue utama
Bunga lain adalah aspidistras hijau dan ia mewakili kota Tokyo, tempat Olimpik diadakan.
Sukan Olimpik membawa makna cukup besar buat atlet di seluruh dunia.
Begitulah keindahan temasya hebat itu, di sebalik namanya yang besar, perincian kecil seperti bunga di Jepun itu membawa pengertian yang cukup mendalam.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Sukan Olimpik Tokyo
#Tokyo
#Jepun
#gempa bumi
#bencana
#Bunga
#jambangan
#pandemik
#tragedi
#letupan
#ekonomi
#Tokyo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan