DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 9 September 2021.
1. Elak membazir, pengetua berjiwa murni makan sisa makanan pelajar
Satu video yang tular baru-baru ini menunjukkan Wang Yongxin, pengetua sekolah di Qiyang, wilayah Hunan, berdiri berhampiran tong sampah di kafeteria sekolah, menghalang pelajar membuang makanan di situ.
2. Situasi Afghanistan | ICRC gesa Bank Dunia hentikan sekat dana
Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang merah menggesa Bank Dunia untuk menamatkan pembekuan dana kepada Afghanistan. Menurut Peter Maurer, sekatan berkenaan hanya akan jejaskan sistem kesihatan Afghanistan.
3. Lelaki ini pecah rekod dunia 'planking' paling lama dengan catatan lebih 9 jam
Berasal dari Australia, Daniel Scali telah memecahkan rekod dunia melakukan abdominal plank paling lama di dunia dengan catatan masa 9 jam, 30 minit dan 1 saat.
4. Krisis Afghanistan: ICRC gesa Bank Dunia henti sekat dana
Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menggesa Bank Dunia menamatkan pembekuan dana kepada Afghanistan. Menurut Peter Maurer, sekatan berkenaan hanya akan menjejaskan sistem kesihatan Afghanistan.
5. Lelaki dipenjara 15 bulan kerana pandu kereta atas landasan kereta api
Seorang pemandu dipenjarakan selepas dia memandu sebuah kenderaan di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas baru-baru ini.
6. Perbicaraan pengasas Theranos bermula
Perbicaraan usahawan wanita Elizabeth Holmes bermula pada Rabu. Pengasas syarikat permulaan teknologi perubatan Theranos itu dituduh menipu pelabur, pelanggan dan pesakit bahawa syarikat pemulanya mampu untuk mengubah dunia perubatan.
7. COVID-19 | Henti dos ketiga hingga hujung tahun ini - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara kaya yang mempunyai bekalan vaksin COVID-19 berlebihan untuk tidak menawarkan dos penggalak atau booster shot hingga akhir tahun ini.
8. Psaki pertahan hubungan White House dengan Taliban
White House mempertahankan hubungan berterusan dengan pemerintah Taliban Kata setiausaha Jen Psaki, Amerika Syarikat dan komuniti antarabangsa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum buat keputusan sama ada akan mengiktiraf pemerintahan Taliban atau sebaliknya.
9. Isu Nuklear Iran | Amaran Iran kepada blok barat
Presiden Iran beri amaran kepada negara barat selepas agensi tenaga atom antarabangsa, IAEA, mengkritik republik itu dalam laporan terbaharunya Laporan agensi dunia itu mendedahkan iran gagal beri penjelasan mengenai penemuan uranium di tapak loji lama serta loji yang tidak diisytihar.
10. COVID-19 | Angka korban global lebih 4.59 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.59 juta Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 652 ribu kes.

#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Australia
#Iran
#Taliban
#WHO
#COVID-19
#vaksin
#Johns Hopkins University
#nuklear