Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 3, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Mei 2022.
1. Jepun meterai perjanjian pemindahan pertahanan dengan Thailand
Jepun dan Thailand pada Isnin menandatangani perjanjian mengenai peralatan dan teknologi ketenteraan, kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
2. Putin akan hadir ke KTT G20 di Bali - Jokowi
Presiden Rusia, Vladimir Putin akan hadir ke Konferensi Tingkat Tinggi (KTT) Kumpulan 20 (G20) di Bali, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.
3. Lelaki kritikal ditikam di masjid Bradford
Seorang lelaki dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam di sebuah masjid di Bradford, England, pada Isnin.
4. 7 maut dalam nahas bas mini bawa pesakit warga emas
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan bas mini yang membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil pada Isnin.
5. China, Britain tingkatkan kerjasama tenaga hidrogen
China dan Britain baru-baru ini mengadakan Forum Kerjasama Tenaga Hidrogen secara hibrid, dalam usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama di sektor tenaga hijau dan perlindungan ekologi.
6. Penyakit hati 'misteri' ragut nyawa 3 kanak-kanak di Indonesia
Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April.
7. Aidilfitri | Sambutan lebih meriah di Selatan Thai
Ketibaan Aildilfitri di Bangkok tetap disambut seperti biasa biarpun 1 Syawal tidak diisytihar sebagai hari cuti umum kerana umat Islam masih minoriti di bandar raya tersebut.
8. Aidilfitri | Jutaan umat Islam Indonesia rai 1 Syawal
Jutaan rakyat Indonesia meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, di sebalik kelonggaran COVID-19 yang diumum Presidennya, Joko Widodo baru-baru ini.
9. COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Ketika kita menyangka bahawa COVID-19 hampir berakhir dan kehidupan kembali normal selepas dua tahun pandemik, muncul satu amaran baharu kepada dunia.
10. Nia Ramadhani, suami ucap salam lebaran, ada hikmah selepas ditangkap isu dadah
Pasangan Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang baru keluar dari pusat pemulihan dadah kini sedang menghirup kebebasan mereka dengan bercuti di Amerika Syarikat.
#berita antarabangsa #berita pilihan #Berita AWANI #Berita Harian