awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kritikal ditikam di masjid Bradford

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2022
22:45 MYT
Lelaki kritikal ditikam di masjid Bradford
Seorang lelaki dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam di sebuah masjid di Bradford, England, pada Isnin. -Google Maps
BRADFORD: Seorang lelaki dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam di sebuah masjid di Bradford, England, pada Isnin.
Serangan dilapor berlaku pada 10.06 pagi Isnin di Pusat Islam yang dikenali sebagai Masjid Madni di Newton Street, lapor Mirror.co.uk.
Lelaki yang dalam lingkungan usia 20-an itu dibawa ke hospital untuk rawatan dengan kecederaan yang dilapor mengancam nyawa.
Suspek yang tinggal berhampiran lokasi kejadian telah ditahan dan kini disiasat pihak polis.
Kejadian tidak dianggap sebagai insiden kebencian atau berkaitan pengganas setakat ini.
Ketua Superintendan Rob McCoubrey dari Polis Bradford berkata hanya seorang suspek ditahan dan polis telah meningkatkan kawalan di kawasan sekitar.
“Ini jelas satu insiden yang mendukacitakan keluarga mangsa dan masyarakat tempatan.
"Polis West Yorkshire akan terus memberikan jaminan dan sokongan ketika siasatan berjalan," kata McCoubrey.
Topic Berkaitan
#pusat Islam
#Newton Street
#Masjid Madni
#Polis West Yorkshire
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan