Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 26, 2022 15:59 MYT
Mei 26, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Mei 2022.
Amerika Syarikat sedang membuat rancangan untuk lebih terlibat dengan negara-negara ASEAN berdasarkan pengaruh kuat China di rantau ini dan perang di Ukraine.
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura akan diperbesar dengan membangunkan kawasan sehingga Pusat Bandar Old Woodlands seperti yang dirancang sebelum ini.
Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu.
Remaja lelaki yang melepaskan tembakan hingga meragut nyawa 19 kanak-kanak dan dua guru di Texas, Amerika Syarikat (AS) sempat membuat hantaran di media sosialnya, bahawa dia akan melakukan tindakan ituy, 15 minit sebelum kejadian.
Presiden Joe Biden, kecewa dengan kegagalan Amerika Syarikat (AS) menangani keganasan berkaitan senjata. Biden mempersoalkan mengapa tiada asas keberanian untuk menghentikan keganasan berkenaan.
Lebih banyak syarikat menyatakan komitmen dalam memacu perkembangan teknologi hijau di peringkat global. Kerjasama yang dikenali sebagai First Movers Coalition itu merangkumi kesediaan pemain industri dalam pembelian dan pembekalan teknologi hijau seperti besi, hidrogen dan karbon.
Kongres Filipina pada Rabu mengisytiharkan Ferdinand Marcos Junior, menang pilihan raya bulan ini, sekali gus mengesahkan anak bekas diktator itu secara rasmi menjadi presiden negara berkenaan.
Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan akhir untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik sumber.
Beijing memecat pegawai kesihatan tertingginya pada Rabu ketika ibu kota China itu masih berdepan lonjakan kes harian COVID-19 walaupun ia masih mengamalkan dasar sifar kes.
#Astro Awani
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Beijing
#China
#COVID-19
#Facebook
#Filipina
#Jepun
#Joe Biden
#Pakistan
#Perdana Menteri
#Ukraine
#Singapura