Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 2, 2022 15:59 MYT
Jun 2, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 2 Jun 2022.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada Rabu dalam satu kejadian tembakan di sebuah kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat.
Polis Tulsa kini dalam proses mengenal pasti identiti penembak yang menembak maut empat mangsa termasuk dirinya di kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat pada Khamis.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 14 yang lain cedera selepas dua gempa bumi melanda barat daya China.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi tadi.
Iraq mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) setakat tahun ini dengan lebih 200 kes dikesan, lapor Xinhua, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.
Trafik dan ruangan pejalan kaki di sekitar Shanghai kembali sesak pada malam Selasa ketika perintah berkurung yang dilaksanakan selama dua bulan di hab kewangan China itu ditamatkan.
Ketegangan semakin memuncak di Lysychansk, sebuah bandar di Timur Ukraine, ketika Rusia meneruskan serangan yang kini sudah melebihi tiga bulan.
Ketika pergolakan masih lagi berlaku di beberapa bahagian di Ukraine, sektor pelancongan domestik di Rusia dilaporkan kembali rancak susulan penutupan pintu sempadan dan sekatan yang dilaksanakan oleh beberapa negara terhadap Rusia.
Pemerintah Taliban di Afghanistan memulakan kempen menghapuskan penanaman popi di negara itu sebagai inisiatif menghapuskan pengeluaran besar-besaran candu dan heroin.
PELAKON terkenal Hollywood Johnny Depp, 58, dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya sebentar tadi.