Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 7, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Jun 2022.
1. Indonesia kutuk kenyataan dua ahli politik India hina Nabi Muhammad
Indonesia turut memanggil Duta India di Jakarta dan menyerahkan surat bantahan berhubung perkara itu.
2. Had umur beli senjata separa automatik di New York dinaikkan kepada 21 tahun
Had umur untuk membeli senjata separa automatik di New York dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun pada Isnin susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini.
3. Menteri Alam Sekitar Republik Dominika maut ditembak
Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak dalam satu insiden di pejabatnya di sini pada Isnin, dipercayai dilakukan oleh "rakan baiknya", menurut pejabat presiden.
4. Musk ancam tarik diri beli Twitter
Bilionair terkaya di dunia, Elon Musk pada Isnin mengancam menarik balik tawarannya untuk membeli perkhidmatan rangkaian sosial, Twitter.
5. India | Hadapi kemarahan selepas kenyataan hina Islam
Kerajaan India menerima kritikan dan kemarahan dari dalam dan luar negara selepas dua pegawai parti pemerintah BJP membuat kenyataan tentang Nabi Muhammad. Kenyataan yang disifatkan menghina Islam itu mencetuskan protes dan rusuhan di bandar utara dan kemudian di Mumbai dengan 38 tangkapan setakat ini.
6. Tragedi Feri Karam | Indonesia tamatkan operasi menyelamat
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa feri karam selepas 10 hari operasi dijalankan dengan kematian mencecah 19 orang. Seramai 31 mangsa termasuk kru dan penumpang berjaya diselamatkan manakala 4 mayat ditemui setakat ini.
7. COVID-19 | Gelombang baharu Omicron sekitar Julai, Ogos
Singapura bakal menjangkakan gelombang baharu penularan varian Omicron pada Julai atau Ogos. Menurut Menteri Kesihatannya, Ong Ye Kung, ia susulan penurunan keberkesanan antibodi terhadap COVID-19.
8. Pilihan Raya Dunia | Parti politik memerintah Kemboja menang besar
Parti politik yang memerintah Kemboja meraih kemenangan besar dalam pilihan raya tempatan. Keputusan awal itu dikeluarkan oleh jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan Kemboja negara itu semalam.
9. Program nuklear Iran | IAEA dakwa Iran mampu hasilkan peledak nuklear
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, IAEA mendakwa Iran hampir memperoleh kuantiti material nuklear yang signifikan. Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi juga mendedahkan wujud bukti menunjukkan iran meneruskan pembangunan peledak nuklearnya.
10. Undi Tak Percaya | 211 menyokong, Boris Johnson terselamat
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terselamat daripada undi tidak percaya. Dalam pengundian di Parlimen, sejumlah 211 daripada 359 wakil rakyat menyokong untuk beliau terus mengemudi kerajaan. Sementara 148 ahli Parlimen membantah
#berita pilihan #berita antarabangsa #Berita AWANI #Berita Harian