awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had umur beli senjata separa automatik di New York dinaikkan kepada 21 tahun

Bernama
Bernama
07/06/2022
06:17 MYT
Had umur beli senjata separa automatik di New York dinaikkan kepada 21 tahun
Kathy Hochul menandatangani rang undang-undang baharu tentang penguatkuasaan had umur bagi pembelian senjata api separa automatik. - AP
HOUSTON: Had umur untuk membeli senjata separa automatik di New York dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun pada Isnin susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.
"Hanya tindakan tegas akan menyelesaikan masalah ini," kata Gabenor New York, Kathy Hochul, ketika menandatangani rang undang-undang itu.
Di bawah undang-undang baharu itu, mereka di bawah umur 21 tahun tidak lagi dibenarkan membeli senjata api separa automatik, menjadikan New York antara negeri pertama menggubal undang-undang terhadap kawalan senjata api di Amerika Syarikat (AS).
Dua kejadian tembakan terbaharu melibatkan individu bersenjata di bawah umur 21 tahun.
BACA: Pelajar bawa senjata ditahan sehari selepas insiden tembakan di sekolah rendah Texas
BACA: Insiden tembakan di pasar raya Buffalo, Biden kecam "jenayah bermotif perkauman"
Seorang lelaki berusia 18 tahun mengamuk di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, sehingga mengorbankan 19 pelajar dan dua guru.
Sementara itu, satu lagi tragedi berdarah membabitkan seorang lelaki berusia 18 tahun menembak mati 10 orang di pasar raya Tops di Buffalo, New York.
Selain itu, semua senjata api yang baharu perlu mempunyai microstamping.
New York juga sedang menyemak semula undang-undang berkaitan "red flag" yang membenarkan mahkamah menyimpan sementara senjata api individu yang menjadi ancaman terhadap diri sendiri mahupun orang lain.
"Di New York, kami mengambil tindakan berani dan tegas. Kami mengetatkan undang-undang "red flag" untuk menjauhkan senjata daripada individu berbahaya," kata Hochul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senjata api
#New York
#pembelian senjata
#Kathy Hochul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan